KLIK GAMBAR UNTUK MENEROKA APLIKASI ONE STOP CENTRE INSPIRASI DIGITAL e-APLIKASI STaMaN
OSC Inisiatif Digital e-Aplikasi STaMaN merupakan koleksi aplikasi yang dicipta untuk memudahkan tugas dan mengurangkan beban warga sekolah. OSC IDe-STaMaN juga mendukung konsep pendigitalan sekolah yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aplikasi ini memerlukan individu log masuk sebagai 4 peranan iaitu sebagai Admin, Guru, Murid dan Pelawat. Tujuannya supaya semua data sekolah tidak dapat diakses dengan mudah kecuali oleh warga sekolah. Antara aplikasi yang sudah diguna pakai ialah :
Aplikasi e-Kehadiran yang memudahkan Guru Tingkatan merekodkan kehadiran dalam APDM
Aplikasi i-Murid STaMaN yang memudahkan guru memperoleh data murid hanya di hujung jari
Aplikasi Keceriaan Kelas yang memudahkan Guru Bertugas merekodkan markah keceriaan kelas pada setiap minggu.
Aplikasi e-HEM All in One merupakan platform e-HEM yang boleh dicapai dengan satu klik
Aplikasi e-NILAM memudahkan murid merekodkan bacaan NILAM
Aplikasi EPKS memudahkan Guru Penasihat Persatuan membina laporan dan mengisi kehadiran murid dalam perjumpaan mingguan persatuan.
Aplikasi e-Hebahan STaMaN merupakan platform menghimpunkan laporan program sekolah secara digital
Aplikasi e-Buku Pelawat sebagai alternatif kepada buku pelawat fizikal
Semoga semua aplikasi yang telah dibina dapat memudahkan tugas dan meringankan beban guru sekali gus mendukung konsep Pendigitalan Sekolah.