ALUMNI SEKOLAH
Kisah kejayaan anak-anak alumni SMKBBSS yang telah berjaya mencoret sejarah baharu dengan memperoleh 9A dalam SPM 2022. Beliau ialah Azlinda binti Azizul, Ahmad Mukminin bin Anuar dan Nazleen Natasha binti Mohd Nasarudin. Semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat kepada anak-anak STaMaN untuk menggapai kejayaan lebih manis pada masa-masa akan datang.
MURID
Tahniah diucapkan kepada atlet boling tenpin sekolah, Afiqah Kamilia binti Ali. Berikut adalah senarai kejayaan beliau sepanjang Kejohanan Boling Tenpin MSSS 2023:
1. Acara Individu - Tempat ke-4
2. Acara Beregu - Johan
3. Acara Berkumpulan - Johan
4. Acara All-Event - Tempat ke-3
5. Acara Masters - Tempat ke-2
Alhamdulillah tahun ini Afiqah sekali lagi berjaya terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke MSSM yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada bulan 8 nanti.
Tahniah di ucapkan kepada muhaimin yang telah mengharumkan nama sekolah di kejohanan memanah MSSD
EMAS JARAK 60M
EMAS JARAK 40M
EMAS KESELURUHAN
EMAS PUSINGAN OLIMPIK
GURU
Senarai guru dan AKP penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022. Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin untuk mengecap kejayaan lebih besar pada masa-masa akan datang.