SMK BANDAR BARU PUTRA telah terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 bagi Kohort 2 bermula tahun 2017.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
TS25 adalah singkatan kepada Program Transformasi Sekolah 2025. Ia merupakan sebahagian dari usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan pembelajarn murid yang berkualiti.
Selain itu, program ini di wujudkan untuk melahirkan sekolah yang terbaik dan berkualiti untuk memastikan kanak-kanak kita mendapat pendidikan yang terbaik demi untuk masa depan mereka.
Bukan itu sahaja, dengan adanya program seperti ini, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan di negara kita supaya taraf pendidikan negara kita dapat maju sama seperti negara-negara maju yang lain.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu
9 Jun 2015
Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 16 Jun 2014 telah mencadangkan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi dan diluluskan
semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015.
7 April 2017
Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14 : penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan
Komitmen komuniti yang padu.
Program TS25 diterajui oleh beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing.
Antara aktiviti utama Program TS25 ialah:
Latihan kepada Pemimpin Sekolah dan Guru (bersemuka dan secara dalam talian)
Pembangunan Kapasiti kepada Pembimbing Instruksional dan Pembimbing Pedagogi
Perkongsian Amalan Terbaik dari Sekolah Program TS25 (Konvensyen, Seminar, Kolokium, Karnival dan Showcase)
Kajian Impak dan Keberkesanan Program TS25
Sokongan Profesional (Bimbingan dan Kunjung Bantu secara berpusat atau berkelompok oleh Rakan ELIT (RE) sama ada dengan kaedah bersemuka atau secara dalam talian)
Pemeriksaan (SKPMg2) dan Penilaian Program
SENARAI MODUL-MODUL PROGRAM TS25
Program TS25 SMK Bandar Baru Putra dijayakan bersama oleh rakan-rakan elit dari IAB, IPG, JPN, dan PPD serta dibantu oleh SIP+ dan SISC+ serta dipantau oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat direalisasikan dengan jaya dan mencapai hasrat serta keberkesanan sekolah.