Logo sekolah adalah hasil rekaan bersama Encik Abdul Rahman bin Mohd Basir dan Encik Shaharuddin bin Sani. Lirik lagu sekolah pula adalah hasil nukilan Puan Noor A’lauyah binti Meor Ahmad. Encik Abdul Rahman bin Mohd Basir telah dipilih sebagai Pengerusi penaja PIBG sebelum Mesyuarat Agung kali pertama pada 6 Februari 2010 diadakan seterusnya berjaya menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Baru Putra.
Persekitaran yang selesa dan luas serta pelbagai kemudahan sedia ada dapat membantu melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah dalam masa yang singkat.