PENGENALAN PVMA


 Program Vokasional Menengah Atas ialah penjenamaan kepada MPV. 

Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan matlamat asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut, iaitu memberi peluang kepada murid yang tidak cenderung dalam bidang akademik untuk mengembangkan potensi dalam bidang vokasional di samping dapat menyediakan kemahiran vokasional bagi murid yang tidak berpeluang memasuki kolej vokasional. 

Oleh yang demikian, matlamat tersebut selari dengan hasrat PPPM bagi menyediakan akses yang lebih baik dalam pendidikan vokasional. 

PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid berbanding dengan MPV sedia ada dan murid masih mempunyai laluan untuk meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke tahap yang lebih tinggi di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

 Pelaksanaan PVMA ini membolehkan murid kekal di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 5. 

Pelaksanaan PVMA dijalankan secara berperingkat mengikut ketetapan yang diputuskan oleh KPM. 


VISI PVMA 

Menyediakan sumber manusia yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri bagi pembangunan ekonomi, sosial dan teknologi 


MISI  PVMA

1.Menyediakan tenaga manusia bersahsiah dan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pasaran;  

2. Membangunkan sistem pendidikan vokasional secara berkesan;  

3. Mengintegrasi teknologi dalam pendidikan vokasional;  

4. Menggalakkan hubungan antara industri dan masyarakat; 

5. Memperkembang kemahiran vokasional secara kreatif dan inovatif. 


MATLAMAT PVMA 

Membentuk lepasan Pendidikan Vokasional yang ;  

1.Bersedia menyertai pasaran kerja  

2. Menjadi Usahawan yang berdaya saing  

3. Mampu melanjutkan pelajaran dan tahap kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.