PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH
A. PAKAIAN SERAGAM
Pakaian seragam dan fesyen yang dibenarkan mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Pakaian Lelaki (Sila lihat lampiran A)
2. Pakaian Perempuan (Sila lihat lampiran C & D)
B. PERATURAN RAMBUT PELAJAR LELAKI
Potongan rambut satu kepala adalah nombor 2 (Sila lihat lampiran B)
C. PAKAIAN SENAMAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Pelajar lelaki – Seluar panjang berwarna hitam atau biru tua, baju T sekolah berlengan pendek
2. Pelajar perempuan – Seluar panjang berwarna hitam atau biru tua, baju T sekolah berlengan panjang dan skaf hitam (bagi murid Islam) / baju T sekolah berlengan pendek (bagi murid bukan Islam)
3. Pakaian unit beruniform – Setiap hari Selasa. Pakaian berdasarkan unit uniform masing-masing yang lengkap.
D. KUKU PELAJAR
Kuku pelajar mestilah sentiasa pendek sepanjang masa
E. SESI PERSEKOLAHAN
Waktu persekolahan bermula dari jam 7. 30 pagi hingga 2.10 petang.
Pelajar hendaklah berada 10 minit awal di sekolah iaitu pada 7.20 pagi
Pelajar mestilah solat berjemaah sebelum pulang.
F. AKTIVITI LUAR
Semua aktiviti di luar kawasan sekolah akan dimaklumkan dahulu kepada waris melalui surat kebenaran waris untuk ditandatangani
G. MURID KELUAR KAWASAN SEKOLAH SEMASA SESI PERSEKOLAHAN
Semua pelajar yang pulang ketika dalam sesi persekolahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pihak pengurusan sekolah sebelum mengisi borang kebenaran keluar kawasan sekolah di kaunter pejabat. Pelajar tidak dibenarkan pulang sendiri tanpa pengetahuan waris dan pihak sekolah