BARISAN PENTADBIR SK KUALA TAHAN
BARISAN PENTADBIR SK KUALA TAHAN
Sekolah ini dibuka pada 9 februari 1960 dengan sebuah bangunan yang mempunyai 2 buah bilik darjah. Permulaannya dibuka, sekolah ini hanya mempunyai seramai 30 orang murid sahaja. Pada 29 Oktober 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Encik Khair Johari telah merasmikan pembukaan sekolah ini. Kini sekolah ini mempunyai dua buah blok bangunan baru setinggi 3 tingkat setiap satunya. Di mana bangunan ini telah dibekalkan pelbagai kemudahan asas terkini serta ruang pembelajaran yang lebih selesa dan terkini yang sama dengan sekolah-sekolah di bandar.