Indahnya sekolahku
Letak di Kuala Tahan
Tempat menuntut ilmu
Bekalan masa depan
Alam semula jadi
Indah segar dan subur
Kamikan berdikari
Budikan kami tabur
Jasa bapa takkan ku lupa
Jasa ibu ke syurga
Jasa guru yang kami hormati
Akan kami kenangi
Ilmu penerang hidup
Itulah kata sakti
Semangat kami hidup
Untuk kami berbakti.
Ciptaan: Cikgu Abdul Rahman bin Hj Isnin (1996-1997)