Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan terletak 80 km dari bandar Jerantut. SK Kuala Tahan merupakan sekolah kategori luar bandar. SK Kuala Tahan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. SK kuala Tahan boleh dihubungi dengan Bandar terhampir melalui jalan darat yang bermula dari Simpang Felda Padang Piol dan jalan air melalui jeti Kuala Tembeling.
SK Kuala Tahan terletak di Mukim Tembeling Tengah. Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Tembeling. Sekolah ini dibuka pada 9 februari 1960 dengan sebuah bangunan yang mempunyai 2 buah bilik darjah. Permulaannya dibuka, sekolah ini hanya mempunyai seramai 30 orang murid sahaja. Pada 29 Oktober 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Encik Khair Johari telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
Kini sekolah ini mempunyai dua buah blok bangunan baru setinggi 3 tingkat setiap satunya di mana bangunan ini telah dibekalkan pelbagai kemudahan asas terkini serta ruang pembelajaran yang lebih selesa dan terkini yang sama dengan sekolah-sekolah di bandar. Selain itu, sekolah ini turut mempunyai asrama yang mampu memuatkan sehingga 50 orang pelajar pada satu-satu masa.