PETANQUE
PENGENALAN
Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata . Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.
Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds Tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bila mana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan .
Sukan Petanque diperkenalkan di negara Malaysia pada tahun 1987 oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pada pertengahan tahun 1989, YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz,Yang Dipertua ANGKASA telah memperkenalkan sukan ini kepada koperasi di Malaysia. Selepas beberapa bulan diperkenalkan,sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara. Permainan petanque ini telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara sukan baru.