KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 

PENGENALAN

Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap pelosok negara mencorakkan lagi landskap kebudayaan dan kesenian. Pelajar-pelajar dari pelbagai negara dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kebudayaan kebudayaan dari negara lain dan ini dapat memupuk sikap persefahaman dan toleransi yang tinggi kepada para pelajar.

Antara fungsi penubuhan kelab Kesenian dan Kebudayaan ini adalah sebagai medan manifestasi seni bagi  menonjolkan bakat disamping membantu mengembangkan seni budaya dan warisan, merakyatkan seni budaya dan warisan dan membantu melahirkan murid yang berkebolehan, berdaya saing dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan mutu seni budaya warisan.