Lencana Sekolah Convent Holy Infant Jesus ini adalah lencana antarabangsa yang digunakan oleh penuntut-penuntut di merata-rata tempat di kelima-lima buah benua seperti California, Perancis, Peru, Itali, Singapura, Sepanyol, England, Ireland, Jepun dan juga Malaysia. Simbol-simbol pada lencana itu masih berkekalan sehingga hari ini.
Bahagian tengah lencana itu berwarna kuning keemas-emasan. Warna merah melambangkan yang Tuhan itu amat kasih dan penyayang terhadap segala makhluk-Nya.
Di sebelah kanan ialah Kitab Suci dan Tasbih. Bagi penganut agama Islam kitab itu ialah Al-Quran, bagi penganut agama Kristian ialah Injil dan bagi penganut Hindu ialah Bhagavad Gita dan penganut agama Buddha ialah Dharmapada. Kitab ini menjadi pedoman untuk kita menuju ke jalan Allah iaitu salah satu prinsip Rukun Negara iaitu "Kepercayaan Kepada Tuhan". Tasbih itu mengingatkan kita supaya menyembah Tuhan Yang Maha Esa.
Di sebelah kirinya ialah tiang rahat dan gelendong yang melambangkan tenaga dan usaha. Kita berasa bangga kerana beribu-ribu orang murid yang telah melalui alam persekolahan sekarang memainkan berbagai-bagai peranan untuk membangunkan satu bangsa yang harmoni.
Di Malaysia, tiang itu dihiasi bintang berwarna perak dan dikelilingi oleh sekalung bunga. Bintang itu ialah cahaya yang memandu dan menggalakkan kita mencontohi Rukun Negara. Cogan kata ini pendek tetapi padat ertinya. Ia mengajar kita berterus terang dan jujur terhadap orang lain. Selain daripada itu kita harus mengaku kelemahan diri dan cuba mengatasi kelemahan itu.
Kalung itu melambangkan jiwa dan perbuatan yang murni.
Lencana bunga itu satu lambang kebesaran. Ia menunjukkan ciri-ciri dan semangat murid-murid Sekolah Convent Holy Infant Jesus di seluruh dunia.
Penafian:- Sekolah Tarcisian Convent Ipoh adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi oleh laman web ini.
Hak Cipta @2023 Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent.
Hakcipta Terpelihara.