SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Rendah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan tujuan untuk menampung murid-murid di sekitar kawasan ini. Sekolah ini telah ditubuhkan atas usaha Reverend Mother Pauline seorang Mubaligh Katholik yang mengurus Sekolah Convent pada masa itu. Sekolah ini mendapat namanya daripada seorang paderi bernama Saint Tarcisius.
Pada tahun 1962, sekolah ini mengandungi 12 buah bilik darjah. Kemudian pada tahun 1969, ditambah dua bilik lagi iaitu bilik perpustakaan dan bilik agama yang dibina pada tahun 1972. Pembinaan bangunan dewan sekolah diselesaikan pada tahun 1983. Dewan sekolah didirikan dengan kerjasama guru-guru, murid-murid, kakitangan serta Persatuan Ibu Bapa sekolah ini. Pada tahun 1985 bilik stor telah diubahsuai dan dijadikan Bilik Gerakan.
Pada tahun 1990, satu projek bangunan baru yang terdiri daripada sebuah stor, bilik sumber, sebuah stor Pendidikan Jasmani, sebuah stor tukang kebun, sebuah dapur masakan dan kantin baru telah dibina dengan sumbangan PIBG dan kakitangan sekolah. Selain itu, satu projek pengubahsuaian stor Pendidikan Jasmani ( yang lama ) menjadi sebuah tandas guru, sebuah tandas lelaki dan sebuah stor kecil telah dilaksanakan dengan sempurna.
Pada tahun 1995, sebuah bilik Kemahiran Hidup telah ditubuhkan. Berikutan dengan itu, pada tahun 1998, Bilik Gerakan telah diubahsuai menjadi Bilik Komputer. Bilik Komputer ini telah dimuatkan dengan 27 buah komputer serta 3 buah pencetak.
Penafian:- Sekolah Tarcisian Convent Ipoh adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi oleh laman web ini.
Hak Cipta @2023 Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent.
Hakcipta Terpelihara.