SK TARCISIAN CONVENT
JALAN ABDUL MANAP
30100 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
JALAN ABDUL MANAP
30100 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
Seluruh warga SK Tarcisian Convent dengan sukacita mengalu-alukan dan merakamkan ucapan SELAMAT DATANG kepada Puan NURUL ASHIKIN BINTI ZUHRI yang telah diamanahkan menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Tarcisian Convent, Ipoh bermula 10 JUN 2025. Sesungguhnya dengan kehadiran puan diyakini akan meningkatkan kegemilangan Unit Kokurikulum di SKTC.
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Seluruh warga SK Tarcisian Convent merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Puan NURUL SHAHFINAS BINTI ISMAIL mantan Penolong Kanan Kokurikulum SKTC, yang telah dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) di SK Tarcisian Convent. Lantikan berkuatkuasa pada 10 JUN 2025. Seluruh warga SKTC gembira dan mendoakan semoga puan dapat meneruskan kecemerlangan , di SKTC menerusi Unit HEM pula. Tahniah, puan!
Seluruh warga SK Tarcisian Convent merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Puan Norizani @ Nor Adila binti Ghazali mantan penolong Kanan HEM SKTC, yang telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SK Sungai Rokam berkuatkuasa 10 JUN 2025. Seluruh warga SKTC mendoakan semoga puan dapat membina kerjaya yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat baharu. Terima kasih, puan!
HARI SUKAN NEGARA
11 OKTOBER 2024
Sambutan Hari Sukan Negara dijalankan secara kolaboratif bersama SMK. Tarcisian Convent. Terima kasih Pengetua SMKTCS Puan Noriha bt Nawawi dan Guru Besar SK Tarcisian Convent Pn Halimatus Sa'diah bt Mohd Sharif dengan komitmen yang diberi demi Program ini. TAHNIAH kepada semua yang menjayakan.
SANTUNI BAKTI, BUDI DIHARGAI
GOTONG ROYONG MADANI (FASA 1)
SK TARCISIAN CONVENT, IPOH
TARIKH: 09 MAC 2024 (SABTU)
MASA: 8:30- 12:30 TGH HARI
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK PIBG, IBU BAPA, PENJAGA DAN SEMUA GURU YANG TELAH BERGANDING BAHU MENYUMBANGKAN TENAGA, DEMI ANAK-ANAK TCS YANG DISAYANGI
MAJLIS ANUGERAH SANGGAR SANJUNG
SK TARCISIAN CONVENT, IPOH
Sesi Akademik 2023/2024
Tarikh : 6 February 2024
Hari : Selasa
Tempat : Casuarina Convention Centre 1 & 2,
HotelCasuarina@Meru
Perasmian Oleh : Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, P.M.P.
Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan
Murid, JPN Perak.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH
Seluruh warga SK Tarcisian Convent dengan sukacita mengalu-alukan dan merakamkan ucapan Selamat Datang kepada Puan Norizani @ Nor Adila binti Ghazali yang telah diamanahkan menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bermula Mei 2023. Sesungguhnya dengan kehadiran puan diyakini akan menjadi pemangkin kepada kegemilangan Unit HEM di SKTC.
Guruh bergema alam semesta,
Berarak awan langit pun terang;
Mari bersama menggapai cita,
Buka harapan menjemput peluang.
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI GURU BESAR
Seluruh warga SK Tarcisian Convent merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Puan ZURINA BINTI RAMLI mantan penolong Kanan Pentadbiran SKTC, yang telah dilantik sebagai Guru Besar di SK Parit Haji Aman, Bagan Serai. Seluruh warga SKTC mendoakan semoga puan dapat membina kerjaya yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat baharu. Terima kasih, puan!
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung;
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga;
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.
PK KOKURIKULUM
Dengan bangganya SKTC memperkenalkan Penolong Kanan Kokurikulum yang baru iaitu PUAN NURUL SHAHFINAS BINTI ISMAIL.
Diucapkan Selamat Datang dan selamat menyertai keluarga besar SKTC. Keyakinan kami amat tinggi semoga puan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian Kokurikulum SKTC ke tahap yang luar biasa!....
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Warga SKTC dan Ibu bapa penjaga. Sesi persekolahan baharu telah bermula pada 20 Mac 2023. Murid murid telah kembali ke sekolah dengan ceria. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua.
"SKTC IS THE BEST"
SELAMAT DATANG MURID TAHUN 1
SEKITAR AKTIVITI
MINGGU PERTAMA
20-24 MAC 2023
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WARGA SKTC
SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024
Minggu pertama persekolahan merupakan minggu yang paling sibuk. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh guru-guru SKTC selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)untuk murid-murid tersayang seperti aktiviti termasuk Permainan Dalaman, Aktiviti Berzumba,Sukaneka dll. Ibu bapa juga memainkan peranan besar dengan berganding bahu menjayakan aktiviti yang telah dirancang.
Penafian:- Sekolah Tarcisian Convent Ipoh adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi oleh laman web ini.
Hak Cipta @2023 Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent.
Hakcipta Terpelihara.