"SALAH SATU INISIATIF KE ARAH PEMERKASAAN KBAT"
SEMANGAT KEBITARAAN, SEMANGAT KECEMERLANGAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana masih diberikan kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti dan berkhidmat kepada anak bangsa di tanah air tercinta ini.
Mudah-mudahan pada sesi 2025/2026 ini, kita dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan lebih baik lagi. Terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu yang telah memberikan khidmat yang cemerlang sepanjang sesi 2024/2025 dalam usaha menjayakan kegiatan kokurikulum selaras dengan kehendak dan kemahuan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin ketetapan kokurikulum menjadi pemangkin kepada pembentukan insan kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hasrat murni ini akan menjadi realiti apabila semua panduan yang disediakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Ayuh kita bersama-sama melangkah untuk kemenjadian anak-anak KBAT SK Sungai Kelambu. Kehidupan ini, pentaksiran tidak lagi semata-mata dinilai berteraskan akademik semata-mata, malah kokurikulum akan menjadi penyumbang yang penting dalam pencapaian murid.
Oleh yang demikian, tugas dan tanggungjawab kita akan bertambah dan sama-samalah kita berganding tenaga menjayakannya. Saya berharap adanya “Buku Pengurusan Sekolah” ini akan sedikit sebanyak dapat memberi panduan para guru dalam melaksanakan urusan kokurikulum di sekolah ini sepanjang sesi persekolahan 2025/2026. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru atas komitmen yang telah lalu dan berharap agar ianya akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas.
NURUL IZWANI BINTI OTHMAN
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sungai Kelambu
VISI, MISI,OBJEKTIF DAN MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM SukSES
MEMBANTU, MEMASTIKAN DAN MENAIKKAN IMEJ SEKOLAH DI PERINGKAT ZON, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN.
UNIT KOKURIKULUM SK SUNGAI KELAMBU MEMBERIKAN WAJARAN YANG SESUAI KEPADA AKTIVITI KOKURIKULUM SUPAYA KURIKULUM DAN KOKURIKULUM BOLEH SALING MELENGKAPI DALAM PROSES PENDIDIKAN DI SEKOLAH UNTUK KEMENJADIAN MURID BERFIKIRAN KBAT
MEMASTIKAN KEGIATAN KOKURIKULUM MERENTASI KURIKULUM
MENJADIKAN KOKURIKULUM ASAS DISIPLIN DIRI
MEMASTIKAN MURID DAPAT MENGEMBANGKAN BAKAT DARIPADA AKTIVITI YANG DILAKUKAN
MELAHIRKAN MURID YANG CERDAS, AKTIF DAN BERKETRAMPILAN
MELATIH MURID UNTUK MEMBENTUK KARISMA DAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB
MENJADIKAN MURID LEBIH CERIA DAN BERSEDIA
HEBAHAN & MAKLUMAN
KEPADA MURID