"SALAH SATU INISIATIF KE ARAH PEMERKASAAN KBAT"
PUAN NORA’SIKIN BINTI BAWI
GURU PENOLONG KANAN HEM
SK SUNGAI KELAMBU
KATA-KATA ALUAN
GURU PENOLONG KANAN HEM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2025 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.
Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Selangor. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.
Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
Sekian, Wassalam.
Saya yang menjalankan amanah,
NORA’SIKIN BINTI BAWI
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK SUNGAI KELAMBU
VISI DAN MISI
VISI UNIT HEM
Unit Hal Ehwal Murid SK Sungai Kelambu berkeupayaan menjana sistem pendidikan berkualiti dalam membudayakan KBAT untuk melahirkan insan yang mencemerlangkan sahsiah dan berketrampilan.
MISI UNIT HEM
Unit Hal Ehwal Murid SK Sungai Kelambu melestarikan kepimpinan berprestasi tinggi dan guru kualiti di sekolah bagi melegasikan sistem pendidikan berkualiti berterusan agar potensi murid yang bersahsiah dan berfikiran KBAT dibangunkan bagi memenuhi aspirasi murid dan negara.
PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID