Assalamualaikum dan Salam sejahtera....
Makluman Awal Kepada Semua Warga SKSU, PIBG, Ibu, Bapa dan Penjaga Murid
BermuLa 18 Oktober 2021 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah beralih kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
Sehubungan dengan itu, pengoperasian sekolah di SKSU adalah seperti yang tertera dalam jadual yang dilampirkan.
Sesi taklimat khas akan diberikan kepada ibu/bapa/penjaga berkaitan pengoperasian sekolah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa: 10.00 pagi (dalam Mesy. Agung PIBG)
Medium : Google Meet
*Tertakluk kepada perubahan.
Tarikh : 23 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.40 pagi (link pendaftaran akan dibuka)
Tempat : Lokasi Masing-Masing
Diharapkan semua ibu bapa dapat meluangkan masa untuk menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 ini.
Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
20 Oktober 2021 (Rabu): Panitia Pendidikan Islam SK Sentul Utama dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sentu telah menganjurkan Majlis Sambutan Mualidur Rasul Peringkat SK Sentul Utama Bagi Tahun 1443H bersamaan tahun 2021M yang diadakan di secara dalam talian menerusi aplikasi Facebook Live dan Youtube Live.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran En Aidil Azahar Bin Ahmad, Guru Besar SK Sentul Utama bersama-sama Guru-Guru Penolong Kanan SK Sentul Utama dan Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sentul.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Wan Hamzah.
Majlis diteruskan dengan ceramah Mulidur Rasul dengan tajuk “Indahnya Berselawat, Impikan Syafaat” yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Imam Muda Najdi.
Seterusnya, En Aidil Azahar Bin Ahmad, selaku Guru Besar menyampaikan ucapan penutup majlis. Beliau berhasrat agar program dakwah anjuran SK Sentul Utama ini dapat di manfaatkan sebaik mungkin oleh semua warga SK Sentul Utama dan murid-murid serta orang awam seterusnya menjadi program yang bermakna dan dapat diteruskan pada masa akan datang. Beliau juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sentul kerana sudi untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan S.K Sentul Utama dalam penganjuran program pada kali ini.
Pihak SK Sentul Utama berharap dengan penganjuran program dakwah ini dapat meningkatkan rasa cinta kita terhadap junjungan besar Rasullullah S.A.W dan mendidikan diri kita untuk terus menjadi Muslim yang sejati.
Foto dan berita oleh Panitia Pendidikan Islam SK Sentul Utama.
Salam sejahtera dan selamat pagi.
Yang di hormati barisan Guru Penolong Kanan, En Ahmad Bin Nawawi,(GPK Hal Ehwal Murid) , Pn Jariyatun Binti Bahari (GPK Kokurikulum)Pn Siti Mariam Binti Kasim (GPK Pendidikan Khas) , Barisan MLT , guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, AJK PIBG, Ibu bapa / Penjaga serta murid- murid yang di kasihi sekalian.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua seluruh warga SK Sentul Utama dikurniakan kesihatan dapat bersama-sama mengulang sejarah Kemerdekaan negara tercinta untuk kali yang ke-64 pada 31 Ogos 2021 dengan tema Malaysia Prihatin.
Murid-murid SK Sentul yang di kasihi,
Pengalaman menyambut kemerdekaan pada tahun ini sudah pasti tidak semeriah tahun-tahun yang lalu. Namun apa yang lebih penting adalah kita bersama-sama menghargai keamanan negara kita. Keamanan yang kita semua nikmati pada hari ini sebenarnya sangat perit dilalui bagi generasi terdahulu yang berjuang menentang penjajah dan mendapatkan kemerdekaan negara. Oleh itu, kita semua seharusnya belajar, membaca dan mengambil iktibar tentang sejarah pejuang-pejuang negara kita seperti Dato’ Bahaman, Dato’ Maharaja Lela, Dol Said dan Rentap. Selain itu, kita perlu mengambil tahu bagaimana proses mendapatkan kemerdekaan negara sehingga MERDEKA dilaungkan di Stadium Merdeka oleh Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tanggal 31 Ogos 1957.
Warga SK Sentul Utama yang di cintai,
Tema Malysia Prihatin pada tahun ini sangat bermakna.
Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan seperti kamu murid-murid SK Sentul Utama yang di kasihi.
Prihatin: bermaksud Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia
Di peringkat sekolah, Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama PIBG sentiasa cakna dengan keluarga yang terkesan akibat Endemik ini dengan memberikan bantuan melalui sumbangan yang diterima. Keluarga besar SK Sentul Utama sangat di alu-alukan sama ada ingin menghulurkan sumbangan atau memerlukan sumbangan boleh merujuk Unit HEM agar sama-sama kita prihatin menjaga kebajikan sesama kita.
Murid-murid sekalian,
Walaupun endemik Covid-19 ini membuatkan kamu terkurung di dalam rumah, namun kita semua perlu bersyukur kerana masih diberikan kesihatan dan dapat menjalani hidup bersama ibu ayah tercinta. Hargailah kedua ibu bapa kamu dan sayangilah mereka dengan menjadi anak yang membahagiakan. Mudahkan urusan ibu bapa dengan kamu berdikari untuk belajar melalui PdPR dengan bersemangat dan tanpa disuruh. Kamu boleh layari internet dan lihat di negara seperti Palestine betapa anak-anak hidup bersendirian apabila ibu bapa mereka mati akibat peperangan. Ucapkanlah terima kasih kepada ibu bapa tanda kamu menghargai dan menyayangi mereka.
Hadirin yang dikasihi,
Kita semua mungkin berbeza pendapat. Akan tetapi ada satu perkara yang mempersatukan kita, iaitu kemerdekaan. Kita harus menghormatinya dan tidak pernah lupa betapa sulitnya mendapat kemerdekaan ini. Nikmatilah Hari Kemerdekaan ke-64 ini dengan rasa syukur.
Akhir kata,
Dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM saya merasmikan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat SK Sentul Utama 2021.
Sekian.
CIK SITI MAHANOM BINTI JAMAL
GPK PENTADBIRAN
SK SENTUL UTAMA
30 OGOS 2021