ALAMAT SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA,
JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 51200 W.P KUALA LUMPUR
KOD SEKOLAH:
WBA0094
HUBUNGI:
TEL : 03 40432599
FAKS : 03 40432601
EMAIL: wba0094@moe.edu.my
LATAR BELAKANG SKSU
Sekolah Kebangsaan Sentul Utama mula ditubuhkan pada 1 Januari 2006 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sri Dhandayuthapani yang terletak di Batu 2 ½, Jalan Ipoh, lebih kurang 6 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sekolah ini dibina dalam bentuk berupa segi empat dengan ke semua penjuru empat bloknya bercantum di hujung. Disamping itu, terdapat satu blok yang berasingan dengan blok utama iaitu blok Kelas Prasekolak. Pada awal permulaan operasi Sekolah Kebangsaan Sentul Utama seramai 26 orang murid ‘pioneer’ yang berdaftar untuk belajar di sekolah iaitu melibatkan kelas Tahun 1 sehingga Tahun 5. Kelas peperiksaan UPSR untuk Tahun 6 tidak didaftrakan pada tahun 2006. Begitu juga tiada pengambilan kelas prasekolah dan juga Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) walaupun terdapatnya penempatan guru yang mempunyai option prasekolah dan Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI), Seramai 14 orang guru termasuk guru besar pertamanya iaitu Cik Hajjah Jamaliah binti Jamil menjadi tenaga pengajar awal di Sekolah Kebangsaan Sentul Utama, Kuala Lumpur.
Pada 27 Mac 2007, Sekolah Kebangsaan Sentul Utama mula beroperasi di premis sendiri dengan pendaftaran pelajar yang telah meningkat menjadi 150 orang murid kemudiannya meningkat sehingga menjadi 180 orang murid pada tahun 2008. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi enrolmen yang rendah walaupun lokasi sekolah terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Lokasi Sekolah Kebangsaan Sentul Utama terletak di Jalan Ipoh, iaitu jalan utama yang sibuk terutamanya semasa kemuncak. Lokasi bangunannya agak jauh dari kawasan perumahan. Tambahan pula terdapat beberapa buah sekolah rendah yang berhampiran sekitar dalam lingkungan 1 kilometer seperti Sekolah Kebangsaan Sri Dandayuthapani, Sekolah Kebangsaan La Salle (1) dan (2), Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Methodist, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Thamboosamy dan Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Sentul.
Pada 1 Julai 2009, Puan.Tuan Kamariah binti Nik Sin telah dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sentul Utama sehingga 2014 dan diganti dengan Encik Roslan bin Jais. Pada tahun 2017 juga SK Sentul Utama telah terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Pada tahun 2017 juga Puan Wan Nor Azida binti Wan Zainal telah menerajui SKSU sehiggga bersara pada tahun 2021. Enrolmen murid kini telah meningkat kepada 341 orang murid dengan bilangan guru seramai 41 orang. Terdapat 7 buah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang terdiri daripada pelbagai kategori murid kurang upaya pembelajaran.
Secara keseluruhannya, kebanyakan guru-guru yang ditempatkan di sekolah ini mempunyai kepelbagaian pengalaman dan berpendidikan tinggi dari peringkat diploma hingga ijazah pertama. Pada keseluruhannya, kebanyakan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sentul Utama berlatarbelakangkan dari golongan keluarga yang berpendapatan sederhana.
Pada 13 September 2021, En. Aidil Azahar bin Ahmad telah dilantik sebagai Guru Besar SK Sentul Utama yang kelima.
CIKGU AHMAD REZUAN
CIKGU ANIROH
CIKGU NORBAITHI
CIKGU DIANA
USTAZ AMRAN
CIKGU DAIM
CIKGU NORDINA
CIKGU EHSAN
CIKGU FARAHIIN
CIKGU ROGAYAH
CIKGU IZWAN
CIKGU KEMBAN
CIKGU KHAIRUL BARIAH
CIKGU MEGHA
CIKGU MOHD NOR
CIKGU MUSA
CIKGU AIDA
EN NADZLEE
MANTAN GPK HEM
USTAZ KHUZAIRI
PN NORZIHA
MANTAN GPK 1
CIKGU MINHAH
USTAZAH AIN
CIKGU ROHANA
CIKGU ROSNAMIZA
USTAZAH RUHANA
TEACHER SAKUNTALA
CIKGU SITHRA
USTAZ WAHAB
CIKGU SYULILIYA
CIKGU WATIE
CIKGU NORYATI
CIKGU SURINA
EN SALIM
MANTAN GPK PPKI
TEACHER GAN
CIKGU SYUHADA
PN WAN MAZLINA
MANTAN GPK PPKI
CIKGU ATIQAH
CIKGU SYAZUWANI
CIKGU SYAZWANI
PN. ROHAIDA
MANTAN GPK 1
CIKGU MUNIRAH
USTAZAH NORHAFIZAH AR
PN MASNI
MANTAN GPK KOKURIKULUM / HEM
UST ZIKRI
USTAZAH ASYIKIN