PN NIZAHA BT YUSOP
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
New Age Learner Virtual Conference (NALVC) adalah persidangan tahunan yang dianjurkan oleh Ascendance. Program ini dijalankan untuk pelajar oleh pelajar untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk menetapkan matlamat dan mencapai kejayaan secara holistik semasa mereka masih bersekolah.
Objektif program ini adalah untuk memupuk sikap tidak berputus asa dan keyakinan diri dalam pelajar-pelajar sekolah, menetapkan matlamat holistik, memupuk sahsiah diri dan tingkah laku yang positif serta memupuk sifat kepimpinan.
Isi kandungan program ini membahaskan isu yang dialami oleh remaja dan memberi kesedaran tentang cara-cara mengatasi masalah tersebut.
Program ini merangkumi dua hari program dalam talian dan satu pertandingan misteri akan diadakan pada akhir program. Apa itu pertandingan misteri? Adakah mesti menyertai pertandingan misteri? Ianya tidak wajib tetapi para pelajar dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk mendapatkan faedah sepenuhnya dari program ang dijalankan dan untuk menerima sijil penyertaan.
Ya, program ini disokong sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ditaja oleh rakan korporat Ascendance.
Program-program Ascendance termasuk persidangan tahunan 'New Age Learner Virtual Conference', siri web mingguan 'Say What?! with Ascendance', sesi temu ramah siaran langsung 'Backstage Spotlight' dan banyak lagi program program menarik yang dijalankan.
Program - program Ascendance memberi tumpuan kepada pembangunan sahsiah diri melalui perkongsian pengalaman.
Melalui inisiatif ini, Ascendance berusaha untuk membina individu yang mempunyai penyelesaian kepada masalah global lalu menyumbang kepada matlamat
pembangunan lestari dengan visi untuk membantu golongan pelajar mencapai potensi diri dan menceburi kerjaya dalam bidang yang
diminati sambil mencapai kejayaan holistik dalam kehidupan seharian mereka (holistik dari segi kebahagiaan, kesihatan, pembelajaran dan minat).
Untuk pengetahuan semua, Ya. Semua peserta yang menghadiri persidangan maya selama 2 hari ini akan menerima Sijil Kehadiran. Diikuti dengan itu, sekiranya peserta mengambil bahagian dalam pertandingan misteri, mereka akan mendapat sijil penyertaan.
E-Sijil kehadiran akan di hantar melalui email 14 hari selepas program dua hari ini berlangsung manakala sijil penyertaan akan di hantar 14 hari selepas penyertaan pertandingan misteri dijalankan.
Jadi jangan lupa klik link di atas untuk menyertai program New Age Learner Virtual Conference (NALVC) yang akan berlangsung September nanti. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.