PROJEK SINERGI UTM-SK Kulai 1
Warga Sekolah Kebangsaan Kulai 1 telah berbesar hati menerima dan menyahut kerjasama sinergi yang dihulurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia Skudai melalui Projek Organic Garden.
Sekumpulan pelajar UTM (Fakulti Pendidikan- Kemahiran Hidup) yang sangat komited dengan misi telah ditugaskan untuk melaksanakan kerjasama ini bermula daripada kertas perancangan, pembentangan, pengiraan kos dan pelaksanaan kerja.
Pihak UTM amat bermurah hati untuk membekalkan keperluan-keperluan bahan yang diperlukan untuk merealisasikan taman pertanian berkonsepkan organik. Tapak "Organic Garden" ini terletak di sebuah tanah lapang bersebelahan dengan pagar utama sekolah.
Sehingga kini, murid-murid SK Kulai 1 telah mendapat manfaat besar dengan kewujudan taman ini. Tugasan diberikan kepada mereka mengikut jadual dan kesesuaian masa yang terbaik-terutama dalam mengekalkan kesuburan tanaman.
Murid dapat melihat dengan jelas tentang proses-proses biologi tumbuhan dan juga memerhatikan serangga yang pelbagai jenis dan berbeza fungsi. Diharapkan, pembelajaran buku teks semakin menghidup dan realistik dengan adanya tapak ilmu ini. Terima kasih UTM.
Artikel berkaitan sila klik : UTM-PIBG-SKKULAI1