PROGRAM KESIHATAN & PEMAKANAN
15 JUN 2022 - Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kulai 1 telah menganjurkan satu program berkaitan kesihatan pemakanan. Program ini telah mendapat kerjasama pihak luar iaitu syarikat pembekal minuman untuk penghadaman, Yakult Malaysia. Sepanjang program ini, semua murid telah diberikan pendedahan berkenaan gaya makan yang sihat, gaya hidup yang sihat dan cara-cara menjaga sistem penghadaman untuk tumbesaran dan kecergasan diri.