Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah
23 Jun 2022 - Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kulai 1 telah menganjurkan program Minggu Anti Dadah. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Guru Besar, Cikgu Sairah binti Husin@Hussein. Pelbagai program pengisian yang berguna telah dijalankan. Antaranya ialah:
i. Ceramah Motivasi Anti Dadah oleh Abang Hafiz (Pegawai AADK Kota Tinggi)
ii. Pameran Anti Dadah - memaparkan poster, sampel dadah, dan koleksi foto
iii. Gimik Pelancaran - disempurnakan oleh Cikgu Sairah dengan membakar patung model anti dadah
iv. Nyanyian lagu Kami Benci Dadah
v. Kuiz Anti Dadah.
Semua murid SK Kulai 1 telah mengambil bahagian secara aktif dalam semua segmen program. Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat besar kepada semua.
PENULIS: HARIZ ADAM BIN HEAZRIN (5 PINTAR)