SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1
Jalan Pejabat Kerajaan 81000 Kulai, Johor Darul Ta'zim
Tel/Fax: 07-6631226
Jalan Pejabat Kerajaan 81000 Kulai, Johor Darul Ta'zim
Tel/Fax: 07-6631226
Kata - kata Aluan Guru Besar
Laman sesawang Sekolah Kebangsaan Kulai 1 ini disusun dan dibina sebagai panduan mendepani cabaran dunia pendidikan dalam era abad ke-21. Abad yang begitu mencabar minda dan kewibawaan kita sebagai pemegang taruh yang berdepan dengan generasi milenium dan platinum yang serba canggih, cara dan corak pemikiran berorentasikan alaf baru dan moden.
SK Kulai 1 adalah sebuah sekolah yang sentiasa ke hadapan seiring dengan kualiti yang merupakan fokus utama pentadbiran. Amalan kerja yang mementingkan kualiti adalah budaya kerja semua staf di sekolah berlandaskan nilai kerja ‘SINERGI, KUALITI, KUASA, NOMBOR 1’
Tahun 2023, pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kulai 1 telah merangka 8 bidang keberhasilan utama sebagai kerangka kerja dengan berfokuskan SKPMg2 sebagai panduan pengurusan sekolah. Semua warga sekolah harus berusaha sedaya upaya untuk menterjemahkan apa yang telah dirancang supaya kerangka kerja ini dapat dihayati dan dilaksanakan bagi mencapai hala tuju yang telah dipersetujui bersama.
Sebagai sebuah Sekolah Transformasi 25 besarlah harapan saya agar warga SK Kulai 1 bertekad dan berazam untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah disusun dalam Rancangan Pemajuan Sekolah secara optimum untuk melaksanakan 8 bidang keberhasilan utama melalui pelan operasi yang bertujuan memberikan impak positif dalam menjelmakan Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Kemenjadian Holistik Pengurusan dan Kemenjadian Holistik Murid akan dijadikan sebagai indikator untuk melihat keberhasilan dan kemenjadian murid.
Akhir kata, marilah kita bersama memperkasa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Kulai 1 sebagai Sekolah Berkualiti dan membentuk Kemenjadian Murid yang merangkumi semua Kemahiran Berfikir Aras Tinggi meliputi pengetahuan, kemahiran, norma nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan murid sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kemampuan ini akan dibangunkan dengan pengekalan keteraturan pengurusan dan ilmu didik yang berkualitinya dan tinggi nilainya sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.