Sila layari Laman sosial Facebook kami untuk perkembangan terkini
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.Â
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Matlamat Program TS25 adalah untuk:
2.1. Kepimpinan :Memantapkan kepimpinan sekolah.
2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran;
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
2.3. Penglibatan Komuniti;
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Objektif utama Program TS25 adalah untuk:
3.1. Mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP);
3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan
3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
b. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
e. Komitmen komuniti yang padu.
Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025.
Elemen Sekolah Berkualiti:
Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.
Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
PROGRAM TS25 DI SKKB
Program gotong royong ini menggunakan peruntukkan TS25 berjumlah RM1200.Ia dilaksanakan bersama komuniti PIBG dan seluruh warga SKKB. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memasang signboard sekolah TS25 yang baru,membina pondok ilmu & membersihkan persekitaran sekolah.