Sila layari Laman sosial Facebook kami untuk perkembangan terkini
Aktiviti setiap hari selasa dari jam 7.20 hingga 7.50 pagi. Juga di integrasikan dalam kelas pendidikan Jasmani untuk semua murid.
sukan bolasepak
sukan bola tampar
badminton
olahraga
Aktiviti ini melibatkan murid-murid dengan pelbagai program kebudayaan . RIMUP yang dijalankan di sekolah SKKB bertujuan menyemai semangat perpaduan diantara etnik,suku kaum,bangsa dan agama yang pelbagai seperti tarian kebudayaan ,sambutan hari raya, sambutan tadau kaamatan di pelbagai peringkat.
TARIAN HARI RAYA AIDILFITRI
SAMBUTAN RAYA
HARI KAAMATAN
PAKAIAN ETNIK KAAMATAN
PROGRAM TARIAN MAGUNATIP PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023
larian sejauh 6 km di Kg Kabatang Baru. Disertai oleh murid tahap 2. Murid yang terpilih akan menyertai pertandingan merentas desa Zon Trusmadi.
Murid yang berpotensi akan dilatih oleh jurulatih-jurulatih SKKB untuk menyertai sukan zon Trusmadi dan sukan MSSD Daerah Keningau.
SK Kabatang Baru menganjurkan pertandingan nyanyian solo & duo peringkat Zon Trusmadi pada 15 May 2024. Pertandingan ini disertai oleh 7 buah sekolah dari zon trusmadi. Sekolah-sekolah tersebut ialah:
-SK Sinulihan,SK Tulid,SK Simbuan , SK Sinua,SK Batu Lunguyan,SK Sinaron & SK Lanas.
Kejohanan tahun 2024 ini berlangsung di SK Mansiat dari 20 Mei hingga 21 Mei 2024. Pihak SKKB menghantar kontinjen seramai 18 murid dari tahun 3 hingga tahun 6 dan menginap di kelas yang disediakan oleh penganjur. Antara acara yang disertai ialah:-
larian 100meter,200 meter,4 x 100meter,4x200meter,lompat jauh,lontar peluru ,larian berpagar dan perbarisan lintas hormat.
Perjumpaan kokurikulum ini diadakan setiap hari Rabu.Unit beruniform SKKB ialah Bulan Sabit Merah & Pengakap Kanak-kanak.
7 November – 9 November 2023 bertempat di SK BATU LUNGUYAN,Keningau. Perkhemahan ini melibatkan sekolah sekolah di sekitar Daerah Keningau. SKKB menghantar seramai 12 murid dari tahun 4,5 & tahun 6.
antara aktiviti sepanjang perkhemahan ialah:
1. Pendaftaran peserta dan memasang khemah
2. Ice Breaking
3. Kawad kaki
4. Ikatan/Gadjet
5. Flying Fox
6. Malam kebudayaan
7. Kembara berhalangan
Program perkhemahan merupakan satu aktiviti wajib KOKURIKULUM SKKB setiap tahun. Perkhemahan ini adalah perkhemahan unit beruniform Pengakap & Persatuan Bulan Sabit Merah.
Lawatan sekolah yang diadakan pada tahun 2023 merupakan satu aktiviti KOKURIKULUM bersama unit HEM SKKB. lawatan tahun 2023 adalah lawatan ke Kota Kinabalu,Sabah .Lawatan Kerjaya, Penanda aras PSS & Pembelajaran STEM SK Kabatang Baru pada 7-9 Disember 2023:
=PSS SK ST. James, Keningau.
=Perpustakaan Negeri Sabah, Tanjung Aru.
=Petrosains Playsmart Kota Kinabalu
=KKIA
=Muzium Negeri Sabah
=Jabatan Cetak Kerajaan, Kota Kinabalu
=Cocoa Kingdom Chocolate House, Kota Kinabalu
=Taman Hidupan Liar, Lok Kawi
=Aktiviti bebas
=Menonton wayang, Centre Point
=Bowling, Centre Point
=Melihat Sunset, Pantai Tanjung Aru
=Windows shopping, ITCC Penampang.
Lawatan sekolah yang diadakan pada tahun 2022 merupakan satu aktiviti bersama unit HEM SKKB. lawatan tahun 2022 adalah lawatan ke Tenom.
Sukan Tahunan SKKB pada tahun 2024 telah dijalankan dengan berjayanya pada 2 & Mei 2024 oleh unit Kokurikulum SKKB.
Sukan Tahunan SKKB ialah aktiviti yang diwajibkan ke atas semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Sukan ini bertujuan mencungkil bakat dan mengembangkan potensi murid dalam bidang sukan dan permainan.