KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PN NORASHIKIN BINTI HARUN

Assalamualaikum W.B.K.......


Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNyalah kita dapat melihat di mana SK Bandar Sg Buaya telah maju setapak lagi dengan menghasilkan site ini bagi memudahkan urusan guru-guru SEBAYA. Sememangnyalah warga SK Bandar Sg Buaya amat bertuah dan berbangga apabila kita menjadi antara sekolah yang sentiasa berusaha menerajui bidang IT serta dapat seiring dengan proses pembangunan Modal Insan demi Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Melalui site ini, adalah diharapkan seluruh warga SK Bandar Sg Buaya khasnya serta masyarakat keseluruhan amnya, mendapat pelbagai maklumat mengenai sekolah ini dengan hanya memetik butang pada komputer dan ianya dapat dilayari walau di mana kita dan meraka berada. Tahniah kepada Unit ICT SK Bandar Sg Buaya kerana telah berjaya membangunkan site ini dengan informasi yang berguna.

Kalau mencari buah asam,

Biar lebih jangan kurang,

Kuatkan semangat tekadkan azam,

Insyallah kejayaan dengan cemerlang. 


AKTIVITI KOKURIKULUM SEBAYA

PENDIGITALAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN (3P)