HAL EHWAL MURID

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

EN MOHD YUSMADY BIN YUSOF

Assalamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.


Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahua Ta'ala kerana kita ditemukan di ruang virtual ini. Saya mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada unit ICT yang berjaya menghasilkan Site SK Bandar Sungai Buaya (SEBAYA) yang bakal memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga sekolah. Disamping memperkenalkan sekolah dari ruang maya ini. Kewujudan laman ini akan menjadi laluan komunikasi yang efektif dimana pihak luar dapat menerima maklumat berkaitan dengan sekolah dengan lebih tepat. Laman ini juga dilihat dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan bagi mengisi keperluan negara maju dan melengkapkan diri murid-murid dengan kemahiran komunikasi, pelbagai kemahiran ICT dan maju serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah sangat-sangat diharapkan laman ini akan mengeratkan lagi hubungan warga sekolah dengan pihak luar khasnya ibubapa dan ini akan memantapkan lagi sistem pendidikan. Maklumat terkini yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid akan dapat disalurkan dengan lebih tepat dan cepat. Akhir kata saya mengucapkan syabas kepada tenaga-tenaga kerja ICT SKBSB yang tanpa mengira penat lelah berjaya menghasilkan laman ini.


PENDIGITALAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN (3P)