INFO

SK BANDAR SUNGAI BUAYA

LENCANA SEKOLAH

SK BANDAR SUNGAI BUAYA, 48010 RAWANG, SELANGOR (SEBAYA)

KOD SEKOLAH : BBA5026

NO TEL : 03-60284358

NO FAKS : 03-60284093

EMEL RASMI : bba5026@btpnsel.edu.my
sekolah-1730@moe-dl.edu.my

SEJARAH SEKOLAH

GAMBAR LAMA

Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya dibina pada Oktober 1999 dan siap sepenuhnya pada Disember 2001 dan mula beroperasi pada tahun 2002.


Pada 18 Februari 2002 sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya sebagai salah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada peringkat awal operasi, murid-murid sekolah ini hanya terdiri daripada 800 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 45 orang sahaja. Kini bilangan murid telah meningkat ke 1047 orang dengan 68 orang guru.


Di peringkat awal pembinaan, Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya mempunyai 4 blok, iaitu Blok A, Blok B, Blok Pentadbiran dan kantin. Dalam tahun 2008, sebuah blok untuk menempatkan Pra Sekolah siap dibina yang mengandungi 2 buah kelas, tandas dan dapur.


Pada tahun 2020, sebuah dewan terbuka yang tersergam indah siap dibina dan diberi nama Dewan Terbuka Technofit. Dewan ini digunakan sepenuhnya untuk perhimpunan mingguan sekolah, majlis-majlis rasmi dan perhimpunan-perhimpunan kecil yang lain.

IKRAR SEKOLAH


BAHAWASANYA KAMI, WARGA SEKOLAH SKBSB, BERIKRAR, MENJUNJUNG TINGGI CITA-CITA KAMI, UNTUK MENJADIKAN SEKOLAH KAMI, SEKOLAH YANG BERJAYA, BERKESAN DAN CEMERLANG KE ARAH MENCAPAI VISI DAN MISI SEKOLAH KAMI.


KAMI JUGA BERJANJI UNTUK PATUH KEPADA SEMUA PERATURAN SEKOLAH, MENGAMALKAN BUDAYA ILMU DAN BUDAYA KERJA CEMERLANG BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT :


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


LAGU SEKOLAH


TAJUK: MAJU SKBSB


Pendidikan teras kemajuan

Disiplin mesti diutamakan

Iltizam tekad semangat waja

Jadikan amalan hidup kita


Ibu bapa juga guru

Mendidik dan memimpin

Agama jadikan pedoman

Pasti mencapai jaya


Sekolah kuceria harmoni

Menuju wawasan negara

Jadi kebanggaan semua

Taqwa dan teknologi

Maju SKBSB

Maju SKBSB


LOKASI