SK MERU RAYA
Karisma . Gah . Terbilang
Karisma . Gah . Terbilang
MUTAKHIR DI SKMR
Ucapan YDP PIBG SKMR
Ucapan Guru Besar SKMR
WAKTU PERSEKOLAH SK MERU RAYA BAGI SESI 2025/2026
AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
14 JANUARI 2025
AEON MALL IPOH, KLEBANG
DARI LENSA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK MERU RAYA
30 NOV. 2024 | SABTU
TERIMA KASIH SEMUA YANG HADIR MEMERIAHKAN SUASANA
Alhamdulillah pada tahun ini Unit Dakwah melalui Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab BAKTI Meru Raya telah berjaya mengadakan Program Iftar Jamaie 2.0 di SK Meru Raya. Butiran seperti berikut :
Selamat Bercuti diucapkan buat semua warga SK Meru Raya yang telah pun bermula pada 10 Disember sehingga 31 Disember 2021. Pihak sekolah amat berharap semua warga SKMR dapat mengamalkan kawalan kendiri dengan baik serta dapat menjaga keselamatan keluarga masing-masing ditahap tertinggi.
Jumpa lagi di tahun 2022!
SARJAN TKRS
Tahniah diucapkan buat Penerima Penganugerahan Pangkat KADET REMAJA SEKOLAH yang dianugerahkan pangkat SARJAN :
SYAFI ADHAM BIN MOHD 'EFA - Tahun 5
MALIYA JUANA BINTI JOMODI -Tahun 5
MUHAMMAD 'ABID BIN JAMALUDDIN - Tahun 6
MUHAMMAD FARIS DZAKWAN BIN FATHI AIZUDDEEN -Tahun 6
Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat!
MUHAMMAD FARIS DZAKWAN BIN FATHI AIZUDDEEN -
6 ALLAMANDA
SYAFI ADHAM BIN MOHD 'EFA - 5 ALLAMANDA
MUHAMMAD 'ABID BIN JAMALUDDIN -
6 BEGONIA
MALIYA JUANA BINTI JOMODI -
5 ALLAMANDA
TAHNIAH TKRS! TAHNIAH PPIM!
Kejayaan berganda buat SK MERU RAYA apabila 2 peserta dari TKRS & PPIM berjaya meraih tempat di dalam Slot Webinar Kepimpinan sempena Program Perkhemahan Maya Unit Beruniforrm Peringkat Kebangsaan 2021.
MUHAMMAD FARIS DZAKWAN BIN FATHI AIZUDDEEN : JOHAN
ZARA AMNI DARWISYAH BINTI ZARAQ FIRDAUS : KE-EMPAT
Tahniah, Tahniah, Tahniah!
MUHAMMAD FARIS DZAKWAN BIN FATHI AIZUDDEEN
TKRS
ZARA AMNI DARWISYAH BINTI ZARAQ FIRDAUS
PPIM
PERKHEMAHAN MAYA UNIT BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
Berakhir sudah PERKHEMAHAN MAYA UNIT BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 yang diadakan pada 3&4 Disember yang lepas. Program yang julung-julung kali ini melibatkan Unit Beruniforrm dari PENGAKAP, TKRS & PPIM yang mewakili SKMR. Terima kasih buat semua guru pengiring dan peserta yang terlibat.
Pelaksanaan Ujian Saringan COVID-19 SK Meru Raya, Ipoh
Meru Raya, Ipoh 1 Disember - Sejak kembalinya murid ke sekolah yang bermula pada 22 November yang lalu kata-kata "Selamat Pagi dan Terima Kasih Cikgu" telah menceriakan semula sekolah yang telah sepi buat seketika. Pada masa yang sama Pendemik COVID-19 belum nampakkan penghujungnya. Oleh itu bagi memastikan anak-anak yang ke sekolah berada dalama situasi terkawal pendemik ini maka hari ini Sekolah Kebangsaan Meru Raya telah melaksanakan Ujian Saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terlebih dahulu Sekolah Kebangsaan Meru Raya telah menerima COVID-19 Antigen Detection Kit sebanyak 143 unit dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara. Kit ujian ini juga telah diagihkan kepada semua sekolah di daerah Kinta Utara. Bagi memenuhi arahan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyatakan ujian dilaksanakan ke atas 10 peratus sampel saringan murid secara mingguan dengan kaedah penggiliran maka hari ini seramai 57 orang murid SK Meru Raya telah menjalani ujian tersebut yang terdiri daripada 4 orang murid Prasekolah, 8 orang murid Pendidikan Khas dan 45 orang murid perdana tahun 1 hingga 6.
Pelaksanaan ujian saringan ini telah dikawal selia oleh Cikgu Nazzatul Shima Basiron, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Meru Raya. Murid yang terlibat telah dapat melaksanakan ujian kendiri COVID-19 ini dengan baik dan semua murid yang dipilih telah menunjukan keputusan negetif.
Sementara itu bagi memenuhi peraturan, semua murid yang menjalani Ujian Saringan COVID-19 secara ujian kendiri dengan merujuk Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 telah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa ataupun penjaga mereka.
Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran semula murid-murid Tahun 1 - 6 dari Kumpulan 1 secara bersemuka ke sekolah bermula Isnin 22 November 2021.
Besarlah harapan agar semua pihak dapat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sebaik mungkin agar virus Covid-19 tidak menular di sekolah sepanjang sesi persekolahan dibuka semula.
Murid-murid diingatkan agar meningkatkan kawalan kendiri semasa berada di dalam persekitaran sekolah agar kehadiran dan kepulangan murid selamat dari jangkitan Covid-19.
SENARAI PENERIMA APC 2020 SK MERU RAYA
Ucapan Sekalung Tahniah buat 4 orang guru SK Meru Raya yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020. Penyerahan surat pengesahan disampaikan oleh Guru Besar pada Mesyuarat Guru Bil. 3.
PUAN CHITRA A/P NADARASION @ NADARAJAN
ENCIK NOOR AFFANDI BIN MOHAMED SHUKOR
ENCIK MUHAMMAD DHIAUL-HAYA’ BIN MUHAMAD SHAIFUDDIN
PUAN NORMAWATI BINTI MAT ISA
PUAN CHITRA A/P NADARASION @ NADARAJAN
ENCIK NOOR AFFANDI BIN MOHAMED SHUKOR
ENCIK MUHAMMAD DHIAUL-HAYA’ BIN MUHAMAD SHAIFUDDIN
PUAN NORMAWATI BINTI MAT ISA
PENCAPAIAN MURID
NAMA : DARWISYAH ALIAH BT ABD RAHIM
KELAS : 6C
PERTANDINGAN : BERCERITA
Karnival Puteri Online PPIM Peringkat Daerah Kinta Utara
JOHAN
Karnival Puteri Online PPIM Peringkat Negeri Perak
NAIB JOHAN
* Ucapan TAHNIAH dari kami di SKMR. Jutaan penghargaan buat semua yang terlibat mengharumkan nama sekolah!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua warga SKMR.
Semoga sentiasa bersemangat & ceria
Buat pengetahuan semua, murid ini telah terpilih untuk menduduki Ujian Saringan 2 UKM Genius@Pintar pada hari ini.
Mohon DOA dari kalian agar anak didik SKMR ini tenang & dipermudahkan segala urusan dalam menduduki Ujian pada hari ini.
'Karisma Gah Terbilang'
Shima Basiron
GBK SKMR
Merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda pada 5 November 2021.
Cuti sempena Perayaan Deepavali akan bermula 3 November 2021 hingga 7 November 2021. Selamat menyambut Hari Deepavali buat semua warga SK Meru Raya yang beragama Hindu.
Selamat bercuti dan kekal menjaga keselamatan serta kesihatan keluarga.
SEKILAS PERJALANAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-3 | 2021
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Meru Raya Bil. 3 2021 Berjalan Lancar
Meru Raya, Ipoh 9 Oktober - Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat adalah penting dalam memberi sokongan kepada kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah itu. Oleh itu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dilihat ada signifikannya tersendiri dalam peranan, fungsi dan kewibawaan membentuk kemenjadian murid di sesebuah sekolah itu.
Maka pada hari ini SK Meru Raya, Ipoh telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil. 3 2021 yang diadakan secara maya melalui platfom Google Meet. Bagi mestikan mesyuarat ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan Guru ICT, Ustaz Mohd Syafiq bin Murat dilantik untuk mengetuai team teknikal dengan disokong beberapa orang guru mengikut tugas yang telah ditetapkan. Sebelum mesyuarat bermula Guru Besar SK Meru Raya telebih dahulu memberikan taklimat dan tanda sokongan kepada team teknikal yang julungkalinya menguruskan mesyuarat secara maya ini dalam norma baru situasai pendemik Covid-19 dan kepada semua yang terlibata secara langsung atau tidak langsung.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar SK Meru Raya, Encik Norhisham bin Abdul Shukor. Dalam ucapannya beliau menzahirkan harapan dan peranan AJK PIBG dalam membantu sekolah, PIBG adalah satu platfom yang Kementerian Pendidikan (KPM) wujudkan maka tentulah AJK yang dipilih adalah mereka yang bersedia bergerak bersama pentadbir, guru untuk merealisasikan harapan, KPM Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pastinya SK Meru Raya sendiri yang mahu cemerlang dan terbilang sesuai dengan namanya Meru Raya.
Sementara cikgu Noor Affandi bin Mohamed, Guru Muzik SK Meru Raya selaku Pengerusi Sementara telah berjaya mengendalikan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SK Meru Raya Bil. 3/ 2021 berjalan lancar dengan celoteh dan caranya yang bersahaja. Cikgu Hanizah binti Ahmad Morsidi pula telah membentangkan minit mesyuarat agung yang lalu dan Bendahari, Cikgu Cik Norazlin bin Abd Rashid membentangkan Penyata Kewangaan yang yang berakhir pada 31 Disember 2020.
Kemuncak mesyuarat agung ini pastinya pemilihan Jawatankuasa PIBG Tahun 2021/2022. Terlebih dahulu Ketua Jawatankuasa Teknikal memberikan taklimat cara pengundian yang akan dibuat dengan menggunakan telefon bimbit dan komputer. Pemilihan kali ini telah memilih Encik Mohd Hamzah bin Hashim sebagai Yang Dipertuan PIBG SK Meru Raya yang baru dan Timbalan YDP PIBG Encik Mohd Azhari bin Hazim. Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Encik Azrul Hafeez bin Md. Yasin, Encik Abu Bakar bin Mat Som, Encik Jamaludin bin Abu Kasim dan Puan Juliana binti Mukhtar. Manakala AJK dari kalangan guru pula terdiri daripada Cikgu Dayang Noriana binti Mohd Nor, Cikgu Jusmaisal bin Jusoh, Cikgu Nuzul Ezura binti Zulkifli, Cikgu Mohd Faizal bin Jaafar, Ustaz Anas bin Ariffin dan Cikgu Nazzatul Shima binti Basiron. Jawatan Bendahari pula dipertanggungjawabkan kepada Cikgu Mohd Shahmin Ariff bin Mahamad Nor dan jawatan Setiausaha kekal kepada Cikgu Hanizah binti Mohd Morsidi.
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil. 3 2021 kali ini turut mengambil ketetapan agar pemilihan ahli jawatankuasa dibuat 2 tahun sekali. Ianya bagi memastikan jawatankuasa yang dilantik dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan jayanya. Mesyuarat turut bersetuju meneruskan kutipan sumbangan dengan pindaan yang disesuaikan dengan situasi semasa untuk menyokong aktiviti kecemerlangan murid.
1 NOVEMBER 2021 | ISNIN
Amalkan Norma Baharu. Bersama hentikan wabak COVID-19. Moga anak-anak prasekolah kembali hadir dengan sihat dan bersemangat.
Murid TAHUN 6 yang berminat, boleh mengisi Google Form di -
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd07ChoiM-ilhkZ3AhJa_0JZK1O8qZ79glm7Ex10CszZLIt4g/formResponse
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH SEBELUM ATAU PADA 15 NOVEMBER 2021
PESANAN KENDIRI
SKMR @ MEDIA SOSIAL
PAUTAN RASMI SKMR