LOGO TS25 SK MERU RAYA
PELANCARAN PELAKSANAAN TS25 DI SKMR
Sekolah Kebangsaan Meru Raya Terus Memacu Kecemerlangan
Meru Raya 11 Mac 2020 - Sekolah Kebangsaan Meru Raya, Ipoh (SKMR) hari ini melancarkan pelaksanaan Transformasi Sekolah 25 (TS25). TS25 ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Perdana Uwais Al-Qarni turut dihadiri Yang Dipertua PIBG SKMR iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Tazli bin Azizan. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Cikgu Norhisham bin Abd. Shukor, Guru Besar SKMR dan dalam ucapannya beliau mohon semua guru dan murid memahami maksud perlaksanaan TS25 ini. Beliau turut menyatakan objektif pelaksanaan TS25 iaitu :
i) Menggalakkan pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan murid;
ii) Pembangunan pendidikan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan berkesan;
iii) Memperkasa Pengurusan Sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid;
iv) Peningkatan capaian dan penggunaan ICT;
v) Penglibatan aktif komuniti setempat;
vi) Pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mental.
Sebagai gimik pelancaran Guru Besar dan YDP PIBG memanah belun sehingga pecah sebagai menandakan letusan semangat pelaksanaan TS25 oleh warga Sekolah Kebangsaan Meru Raya ini.
SEKILAS PANDANG TS25 SK MERU RAYA
JAWATANKUASA TS25