SMK AMINUDDIN BAKI KUALA LUMPUR

PELAJARAN PANDUAN HIDUP


MAKLUMAT AM

 

 Zon

Pudu

 

Gred Sekolah

A

 

Sesi Persekolahan

1 Sesi

 

Kategori Persekolahan

SMK

 

Kod Sekolah

WEA0196

 

Telefon: 

+603- 92858219

 

Fax: 

-

 

Email:

wea0196@moe.edu.my



PAUTAN



AKTIVITI


3 April 2023

Guru Bertugas Mingguan Minggu 3

27 Mac 2023

Selamat Datang ke SMK Aminuddin Baki

Warga SABKL mengalu-alukan enam orang guru yang melapor diri ke SMK Aminuddin Baki. Mereka ialah En Muhamad Aliff Farhan Bin Abu Samah, Cik Nurul Ameera Halim, Pn Wan Nur Fahda Binti Wan Rosli, Pn Zahrahtul Diniah Binti Duni dan juga dua orang guru berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia pendidikan iaitu Pn Nor Azyla Binti Mokhtar dan Pn Nor Fa'izah Bt Arba'i. 


SELAMAT DATANG KE SABKL & SELAMAT MAJU JAYA


27 - 28 Mac 2023

Program Cakna Lumière 

Program Cakna Lumière telah pun dilaksanakan pada 27 & 28 Mac yang lalu. Program ini adalah projek kolaborasi antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP SABKL) dan batch  Lumière yang baru tamat menduduki peperiksaan SPM 2022 yang lalu. Program ini, di mana batch Lumière mendermakan buku-buku rujukan yang tidak lagi digunakan kepada junior-junior yang memerlukan. Program ini mendapat sambutan yang baik di kalangan batch Éclat  dan murid-murid tingkatan 4. Semoga program yang baik seperti ini berterusan.

27 Mac 2023

Guru Bertugas Mingguan

24 Mac 2023

Sambutan Ramadan dan SABian Madani


Sambutan Ramadan dimulai dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Adik Mohd Hadif. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ceramah Sambutan Ramadan oleh Ust Safwan Syafiq, seorang personaliti tv dan radio. Dalam masa yang sama, program SABian Madani dijalankan di gimnasium, dengan aktiviti Station Games

23 Mac 2023

Majlis Pelancaran & Bengkel PBL-STEM 2023 (peringkat sekolah)

IMG_5823.MOV

Pertandingan PBL-STEM Piala Dato' Mohd Zaki bin Ahmad Presiden Alumni SABKL dilancarkan peringkat sekolah dengan aktiviti pertamanya ialah bengkel kepada semua murid SAB berkaitan Penyediaan Abstrak. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Aidah binti Misran dan Puan Siti Nazila Raihan binti Othman dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang pernah melibatkan diri dalam pertandingan STEM.

22 Mac 2023

SAB kehilanagan....

SAB kehilangan empat orang guru yang berpindah ke sekolah lain dan KPM. Guru-guru ini, antaranya adalah 'otai' yang lebih 20 tahun berkhidmat di SAB. Pastinya perpindahan guru-guru ini satu kehilangan buat SABKL, namun demi keperluan perkhidmatan, perpindahan ini perlu direlakan. Semoga yang baik-baik buat mereka di tempat baharu dan teruskanlah kecemerlangan di mana jua berada.

Terima kasih dan sayang selalu 

20 Mac 2023

Program Syoknya Sekolahku

Pada minggu pertama persekolahan, banyak aktiviti yang telah dirancang untuk meraikan kepulangan murid-murid ke sekolah. Antara aktivti sepanjang minggu pertama persekolahan ini ialah ..... PROGRAM SYOKNYA SEKOLAHKU

20 Mac 2023

Guru Bertugas Mingguan

19 Mac 2023

PENDAFTARAN MURID ASRAMA PUTERI SABKL

Asrama Puteri SMK Aminuddin Baki menerima pendaftaran murid tingkatan 1 dan menyambut kembali murid-murid asrama tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Semoga murid-murid tingkatan 1 dapat membiasakan diri dengan kehidupan asrama dengan bimbingan kakak-kakak senior dan warden-warden tersayang.

16 Mac 2023 

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1

SMK Aminuddin Baki mengalu-alukan kehadiran murid dan ibu-bapa Tingkatan 1 2023/2024 ke SMK Aminuddin Baki.


"Once a SABians, Always a SABians."

16 Mac 2023 

MESYUARAT GURU BIL1/2023, MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2023, MESYUARAT HEM BIL 1/2023 & MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1/2023 

Penggal baru persekolahan dibuka. Dimulai penggal persekolahan yang baharu ini dengan Mesyuarat Guru, Mesyuarat Kurikulum, Mesyuarat HEM dan Mesyuarat Kokurikulum. 

WAKTU OPERASI


Isnin - Khamis

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

 

Jumaat

8.00 am - 12.15 pm

2.45 am - 5.00 pm





ENROLMEN

 

Bilangan Murid : 1053

Bilangan Guru : 68

Bilangan AKP : 16

Bilangan Kelas: 35


PAUTAN AKTIVITI


REACH HIGHER . SEE FURTHER . SHINE BRIGHTER