INOVASI

LATAR BELAKANG


Pemerkasaan PBL di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur merupakan usaha berterusan pihak sekolah semenjak tahun 2019 lagi oleh Jawatankuasa STEM Sekolah. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkenalkan PBL dalam kalangan murid. Projek PBL yang diusahakan semasa bulan STEM ini telah berjaya membuka minda murid SMK Aminuddin Baki untuk meminati PBL dalam STEM. Pengurusan program pada masa ini, hanya melibatkan panitia Sains dan Matematik serta bidang Teknik dan Vokasional. 


Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2020 , program ini diambil alih oleh Unit Kokurikulum SMK Aminuddin Baki. Unit ini telah berjaya melaksanakan Pertandingan Project Based Learning (PBL) yang diberi nama Pertandingan PBL Piala Dato’ Mohamad Zaki bin Ahmad Presiden ALUMNI SABKL 2020 yang kemudiannya ditukar nama kepada Pertandingan Video Project Based Learning (PBL) Piala Dato’ Mohamad Zaki bin Ahmad Presiden ALUMNI SABKL 2020 kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang diwartakan oleh pihak Kerajaan kerana Pendemik Covid 19. Sekolah terpaksa ditutup dan semua murid melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). Sebagai langkah alternatif untuk meneruskan pertandingan ini, maka showcase pusingan awal dan showcase pusingan akhir dilaksanakan secara atas talian dan dipersembahkan dalam bentuk Video PBL. 


Pada tahun 2021 projek ini diperluaskan lagi melalui aktitiviti Koko Bersepadu yang melibatkan semua Unit Kokurikulum di       SMK Aminuddin Baki. Pada tahun 2022 pertandingan ini telah dijayakan di peringkat kebangsaan dengan 91 penyertaan seluruh Malaysia. Pada tahun 2023 SABKL merancang memperluaskan lagi pertandingan ini sehingga ke Peringkat antarabangsa berkolaboratif dengan rakan strategik SABKL iaitu Pertubuhan Saintis Muda (MYSO)

Finalist Pertandingan PBL-STEM 2020

Pengumuman pemenang Pertandingan PBL-STEM 2020

Antara penyertaan Pertandingan PBL-STEM 2021. Pertandingan diadakan secara 'online' kerana Pandemik Covid-19

Gambar sekitar Pertandingan PBL-STEM Piala Dato' Mohd Zaki bin Ahmad Presiden Alumni SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur 2022 peringkat kebangsaan.