JUSA

Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap murid di sekolah. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut kerajinan dan usaha yang gigih perlu diiringi dengan teknik dan kemahiran belajar serta disulam dengan pengurusan masa yang baik. 


JUSA merupakan singkatan bagi program kelestarian kecemerlangan kurikulum iaitu Jawab Untuk Skor 'A'.  Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan potensi diri dalam mata pelajaran dengan berfokus kepada teknik menjawab soalan. Program ini melibatkan penceramah luar yang merupakan barisan guru cemerlang dan berpengalaman luas dalam sesebuah mata pelajaran. 


Program ini berfokus kepada murid Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjadual. 

LAPORAN PROGRAM JUSA 

LAPORAN JUSA LENGKAP.pdf