Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi. Sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.
Universiti Cambridge kamudiannya mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang.
Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi. Perubahan beberapa aspek peraturan dalam permainan ini pada 1907 mencetuskan lahirnya bola sepak Amerika.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat (The United States of America Rugby Football Union, USARFU) dibentuk pada 1975. Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.
Illustrasi William Webb Ellis
Tugu Webb Ellis
Piala Dunia Ragbi (Webb Ellis Cup)
Seterusnya, ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura.
Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.
Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.