Bola mestilah berbentuk bujur dan terdiri dari 4 panel yang dibuat dari kulit atau bahan sintetik yang sesuai. Bola ragbi mempunyai pelbagai saiz.
Studs pada boots pemain mestilah yang tidak mendatangkan kecederaan pada pemain lain. Jika boots jenis studs boleh dibuka semua studs hendaklah dikunci dengan ketat dan bilangan yang lengkap. Studs jenis blade tidak digalakkan untuk dipakai.
Pasukan mestilah memakai jersi yang sama warna dan mempunyai nombor yang jelas tertera di belakang jersi. Jersi jenis sleeveless dibenarkan pakai tetapi bukan jenis singlet. Seluar panjang jenis casual pants dan track bottom adalah dilarang. Pemain boleh memakai tigh.
Pemain digalakkan mamakai head gear untuk membantu mengelakkan kecederaan.
Pemain digalakkan mamakai mouth guard untuk membantu mengelakkan kecederaan.