Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Web ini memaparkan info-info mengenai sukan ragbi. Semoga web ini mambantu untuk memberi ilmu dan manfaat kepada anda yang membaca. Selamat membaca.
Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana ia digunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan dari permainan ini adalah unik dimana anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermaindan beberapa orang rakan. Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dan tidak merbahaya. Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau mudadan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hampir sama dengan ‘rugby union’, tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle. Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asas larian(running), pengendalian bola (handling), mengelak (evasion) dan memberi sokongan (support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas serangan (attacking) dan pertahanan (defensive), tanpa takut tercedera kerana permainan ini memang tidak merbahaya.
Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula iaitu drop kick. Selepas tendangan mula, mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan berlari dengannya, sama ada berlari dengannya, menyepaknya, atau menghantarnya kepada rakan. Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola, menghantar bola kepada rakan atau menyepak bola tersebut. Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan memegangnya, menolaknya, atau menjatuhkannya. Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum , ruck , tackle dan line-out. Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal. Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi.
Ingin mengetahui dunia sukan ragbi dengan lebih lanjut, sila layari laman web persatuan-persatuan ragbi dibawah.