19 hingga 21 Jun 2024
Pada 19-21 Jun 2024, Jabatan Pengajian Melayu IPGMKTAR telah melaksanakan Program Lestari Bahasa (MBMMBI)- Saya Suka Baca (SASUBA) bertempat di Sekolah Kebangsaan St Lawrence. Penceramah dan fasilitator bengkel ini terdiri daripada pensyarah JPM IPGMKTAR iaitu Dr. Sara Beden (Sukaneka Bahasa),Dr. Radna Wismawati Muhibah Yahya Sawek (Sifir Kata) dan Pn.Latipah Mohamad (Kenali Rakan). Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemai kesedaran tentang celik literasi dalam kalangan murid menerusi aktiviti santai bahasa. Seramai 36 murid telah menyertai program ini (tahun 1 hingga 5)
11 Julai 2024
Pada 11 Julai 2024, Jabatan Pengajian Melayu telah melaksanakan Program Lestari Bahasa (MBMMBI) menerusi Persembahan Deklamasi Puisi Berantai Sasterawan Negara. Penganjuran aktiviti ini bertujuan untuk:
1.Meningkatkan penghayatan terhadap genre puisi moden ciptaan Sasterawan Negara.
2.Menyemai minat terhadap karya kreatif sebagai salah satu teknik untuk memartabatkan seni bahasa.
22 Ogos 2024
Bengkel Penataran Program Sahabat Bahasa bawah Inisiatif MBMMBI Anjuran IPGMKTAR (Jabatan Bahasa & Jabatan Pengajian Melayu) & PPD Betong pada 27 Ogos 2024.
Program ini melibatkan 56 orang guru BM dan BI (SK & SMK) PPD Betong.
Penceramah:
Pn. Low Moi Joon
Dr. Radna Wismawati Muhibah Yahya Sawek
Dr. Sara Beden
Pn. Azalina Azmi
En. Nelson anak Peter ( SISC+ Bahasa PPD Betong)
20 September 2024
20 September 2024, satu Karnival Bahasa MBMMBI 2024 anjuran Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Bahasa IPGMKTAR telah dilaksanakan di Dewan Sri Samarahan. Kesemua pelajar kumpulan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah mengikuti karnival ini dengan jayanya.
1 Hingga 2 Oktober 2024
Pada 1 hingga 2 Oktober 2024, Program Penataran MBMMBI Sahabat Bahasa Kolaboratif bersama PPD Simunjan, Jabatan Bahasa dan Jabatan Pengajian Melayu bertempat di SK Abang Kadir, Gedong.
22 Oktober 2024
Pada 22 Oktober 2024, Jabatan Bahasa IPGMKTAR telah melaksanakan aktiviti Speaker's Corner (MBMMBI)- Guess The Impostor bertempat di Dewan Sadong Jaya, IPGMKTAR. Penganjuran aktiviti ini dilaksanakan oleh English Language Society yang dikendalikan oleh kumpulan pelajar PISMP BI 1823/JULY 2028.
14 November 2024
Pada 14 November 2024, Jabatan Bahasa IPGMKTAR telah melaksanakan aktiviti Speaker's Corner (MBMMBI)- Broken Telephone bertempat di Dewan Sadong Jaya, IPGMKTAR. Penganjuran aktiviti ini dilaksanakan oleh English Language Society yang dikendalikan oleh kumpulan pelajar PISMP BI 1824/JULY 2029.