Tajuk:
2.5 Reka Bentuk Akuaponik
2.5.6 Membina model reka bentuk sistem akuaponik.
Objektif: Membina model reka bentuk sistem akuaponik.
AKTIVITI
1. Guru menyatakan bahawa pernyataan yang diberikan adalah langkah-langkah asas bagi membina sebuah model reka bentuk sistem akuaponik. (VIDEO)
2. Guru meminta murid meneliti dan memahami langkah-langkah pembinaan model tersebut.
3. Guru menugaskan murid untuk menyusun langkah pembinaan model mengikut urutan yang betul.
( Bayangkan anda membina model hanya dengan menggunakan bahan terpakai seperti kotak untuk menggantikan akuarium, straw menggantikan paip, serta bahan lain menggantikan bahan sebenar. InsyaAllah anda akan dapat buat yang terbaik.)
4. Hasilnya perlu di videokan sama ada gambar langkah demi langkah, atau anda pegang modelyang sudah siap dan cerita tentang proses anda menyiapkannya. Sila hantar ke chanel telegram di bawah.
5. Murid diberikan masa untuk menyiapkan tugasan ini selama seminggu (due date: 30/8/2021)