MATA PELAJARAN RBT
STANDARD KANDUNGAN
1.1 Pengenalpastian Masalah
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1 Mengenal pasti masalah bukan inventif dan inventif.
1.1.2 Menerangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif dan inventif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan maksud masalah bukan inventif dan inventif dengan membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
2. Menerangkan proses penyelesaian masalah inventif.
RINGKASAN AKTIVITI
Induksi:
1. Guru meminta menulis maksud yang tepat bagi menerangkan masalah inventif dan masalah bukan inventif di ruang jawapan yang disediakan.
Perkembangan
1. Guru membincangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif.
2.Guru menugaskan murid untuk melengkapkan carta aliran proses penyelesaian masalah bukan inventif.
Penutup
1.Guru membincangkan proses penyelesaian masalah inventif.
2.Guru meminta murid melengkapkan rajah yang menunjukkan proses penyelesaian masalah inventif.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Buku teks online, Latihan Online
STANDARD PRESTASI
TP1
Menyatakan maksud masalah bukan inventif dan inventif dengan membuat hubungkait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
TP2
Menerangkan proses penyelesaian masalah inventif
TP3
Membina model fungsi menggunakan lukisan sistem fungsi dan membuat rumusan dengan memberi satu contoh percanggahan fizikal.
TP4
Menganalisis percanggahan fizikal pemisahan ruang dan masa
TP5
Menjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk dalam bentuk jadual.
TP6
Menghasilkan lakaran perubahan produk berdasarkan masalah inventif secara kreatif.
Buku Teks RBT Tingkatan 2 untuk rujukan
PENERANGAN TENTANG BAB 1
1. Tonton video 1.1, 1.1.1, dan 1.1.2 serta jawab latihan 1.1
2. Buat nota untuk 1.1.1 dan 1.1.2 menggunakan peta ithink di dalam buku nota masing masing
Kuiz Game Bab 1 (game sampingan, best!)