Tajuk:
2.5 Reka Bentuk Akuaponik
2.5.2 Menjelaskan kelebihan reka bentuk akuaponik.
2.5.3 Mengenal pasti komponen akuaponik.
Objektif: Menerangkan kelebihan reka bentuk sistem akuaponik.
Aktiviti:
1. Guru meminta murid untuk meneliti tiga rajah reka bentuk sistem akuaponik yang telah disediakan.
2. Guru meminta murid mengenal pasti jenis atau reka bentuk sistem akuaponik dan menamakan reka bentuk tersebut dengan nama yang tepat.
3. Setelah mengenal pasti jenis reka bentuk sistem akuaponik yang betul, guru menugaskan murid untuk menyatakan kelebihan dan kelemahan bagi ketiga-tiga sisem akuaponik tersebut.
4. Guru meminta murid melengkapkan kelebihan dan kelemahan sistem akuaponik dalam jadual yang telah disediakan.
5. Pelajar diminta untuk melengkapkan mukasurat 47 dan 48 di dalam buku kerja.