MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membantu mempertingkatkan profesionalisme guru-guru agar lebih berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Visi Sekolah
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi Sekolah
Ilmu Asas Kejayaan
Slogan Sekolah
Aman Jaya Cemerlang
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Melaksanakan dan mengamalkan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan kepada wawasan pendidikan bagi memenuhi matlamat Pendidikan Negara.
Mengurus dan melaksanakan kerja dengan cekap, pantas, kemas, nberkesan dan bijaksana.
Menyediakan dan memberikan segala kemudahan pendidikan yang cekap, selesa dan mencukupi selaras dengan perkhidmatan penyayang serta menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan pihak luar.
Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kecemerlangan profesion perguruan serta keceriaan sekolah seupaya dapat menarik minat murid suka dan seronok belajar di sekolah ini.
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaaan Aman Jaya bersedia dan akan menimbangkan apa jua masalah yang dikemukakan berkaitan dengans sekolah ini demi meningkatkan lagi prestasi sekolah ini.
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Sungai Lalang. Sekolah ini diwujudkan sebagai cawangan kepada Sekolah Menengah Bedong pada awal Januari 1983 dengan menumpang di bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa,Sungai Lalang. Setahun kemudian, apabila bilangan pelajar bertambah. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lalang ini terpaksa berpindah dan menumpang di SRJK(Cina) Sin Kuo Min dan di Sekolah Kebangsaan Bedong,iaitu 4km dari sekolah kini.
Akhirnya pada 15 Julai 1985 baharulah Sekolah Menengah Sungai Lalang mendapat bangunan sekolah sendiri seperti yang ada sekarang ini. Pada tahun 1994, Sekolah Menengah Sungai Lalang telah menukar nama kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMAN JAYA.
SENARAI NAMA PENGETUA-PENGETUA SMKAJ
Tuan Haji Nordin Bin Omar (Pemangku) ......................................................... Jan 1983 - Dis 1984
Encik Zahid Bin Zainul Abidin .......................................................................... Jan 1985 - Nov 1987
Encik Arshad Bin Aziz (Pemangku) ................................................................. Dis 1987 - Apr 1988
Tuan Haji Aziz Bin Haji Shaari.......................................................................... Mei 1988 - Mei 1991
Encik Md Nordin Bin L. Jaafar (Pemangku) .................................................... Jun 1991 - Jan 1992
Puan Hajjah Haminah Bt Rejab ....................................................................... Feb 1992 - Nov 1995
Encik Ong Kim Heng ....................................................................................... Nov 1995 - Mei 2003
Tuan Hj. Abd Ghani Bin Harun (Pemangku) ................................................... Mei 2003 - Sept 2003
Encik Venoogobal A/L Govindasamy ............................................................... Okt 2003 - Apr 2008
Encik Sivamuni A/L Ponnusamy ...................................................................... Jun 2008 - Jun 2011
Tuan Hj. Abd Halim Bin Md Noh ...................................................................... Jul 2011 - Mac 2016
Tuan Hj. Ismail Bin Othman ............................................................................. Mac 2016 - Ogos 2018
Encik Zainurin Bin Mat Noor ............................................................................ Ogos 2018 - sekarang
Pemindahan Lokasi PSS dari Aras 3, Blok F ke Aras bawah, Blok A pada tahun 2020