Program Mobile Library (perpustakaan bergerak) diwujudkan di setiap kelas untuk membolehkan murid mendapat akses kepada buku-buku walaupun tidak berada di dalam perpustakaan sekolah. Sebanyak 20 troli buku yang mengandungi jumlah 2000 buah buku telah disediakan untuk penggunaan 40 kelas sesi pagi dan petang. Pengawas PSS atau penggalak NILAM yang terpilih akan memantau dan memberi bimbingan penggunaan kepada semua pengguna dalam kelas masing-masing. Buku-buku tersebut akan diubah lokasinya setiap bulan.