Perpustakaan Negara telah mengambil inisiatif sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan memberikan akses percuma kepada semua rakyat Malaysia. Anda boleh baca buku, majalah dan surat khabar secara percuma.
Perpustakaan Negara menawarkan akses sehingga 13 juta bahan bacaan digital atau eBook percuma. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bahan bacaan yang bermanfaat.
Contoh bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya.
Layari laman web www.u-library.gov.my
Kemudian klik butang Register
Klik Register Now menggunakan pilihan MyKad/MyKid
Masukkan butiran no kad pengenalan bersama-sama nama penuh
Kemudian penuhkan butiran emel, no telefon yang penting dan beberapa butiran lain
Akhir sekali cipta User ID bersama password dan jika sudah siap, klik Register.
Sebelum akaun u-pustaka anda boleh digunakan, anda perlu verify di emel yang telah dihantar oleh Perpustakaan Negara. Jika sudah semuanya. Selesai!
Di u-pustaka terdapat lebih 13 juta akses buku digital yang anda boleh peroleh seperti buku, majalah, surat khabar, artikel, jurnal dan banyak lagi. Antara online database yang disediakan seperti :
Overdrive (dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka termasuk buku audio)
E-Law (mengkhusus dalam bidang perundangan)
BLIS (portal penyelidikan daripada agensi BERNAMA)
PressReader (e-majalan dan e-suratkhabar terkemuka dunia)
Zinio (e-majalan luar negara)
Ookbee Buffet (bahan bacaan tempatan seperti buku, majalah, novel dan surat khabar)
Kids A-Z (e-pembelajaran bagi kanak-kanak sekolah rendah) dan banyak lagi
Sebenarnya, terdapat panduan akses untuk setiap jenis online database di atas. Di sini, hanya panduan untuk online database yang lebih popular akan ditunjukkan.
Daftar Overdrive
Kembali ke pautan u-pustaka iaitu https://www.u-library.gov.my/portal/en/home
Log in menggunakan User ID dan password yang telah didaftar tadi
Kemudian cari bahagian Pautan Pintas/Quick Links dan klik Pangkalan Data/Online Database (atau cari dalam drop down menu E-Sumber/E-resources)
Cari OverDrive dan klik logo tersebut (atau Klik Sini sahaja)
Sebuah pautan baru muncul dan klik Daftar masuk/Sign in
Bagi ahli berdaftar u-Pustaka, pilih kaedah "u-Pustaka Account". Kemudian, masukkan User ID tadi di bahagian Card Number dan kata laluan u-Pustaka tadi di bahagian Password.
Kepada pengguna umum, gunakan kaedah "Library Card Number". Gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)
Pilih ebook, audiobook, video atau majalah kegemaran anda dan klik Borrow. Tempoh pinjaman adalah sebanyak 7 hari. Bahan akan dipulangkan secara automatik setelah tamat tempoh.
Daftar ookbee Buffet
Kembali ke pautan u-pustaka iaitu https://www.u-library.gov.my/portal/en/home
Log in menggunakan User ID dan password yang telah didaftar tadi
Kemudian cari bahagian Pautan Pintas/Quick Links dan klik Pangkalan Data/Online Database (atau cari dalam drop down menu E-Sumber/E-resources)
Scroll ke bawah dan cari Ookbee Buffet: All-You-Can-Read dan klik logo tersebut (atau Klik Sini sahaja)
Sebuah pautan baru muncul dan klik Mohon Disini
Masukkan emel yang sama yang anda daftar pada u-pustaka sebentar tadi dan klik Aktifkan
Daftar akaun ookbee dengan masukkan butiran seperti alamat emel sekali lagi dan password dan klik Register
Jika sudah selesai, anda perlu tunggu pengesahan pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang anda daftar tersebut.
Jika sudah sampai, anda perlu Klik Sini bagi tujuan verifikasi
Anda boleh muat turun aplikasi ookbee buffet di Android dan iOS melalui Google Playstore dan Apple Apps Store
Kemudian sign in dan masukkan emel dan password tadi.
Pilih mana-mana buku atau majalan atau novel yang anda minat, klik pada buku tersebut dan klik Read Now