Apa itu Buli?
Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse).
(Sumber: MyHEALTH)
Jenis-jenis Buli
Buli melibatkan :
fizikal dan ancaman (seperti pukul, tumbuk, tendang, cubit, gigit, gunting rambut dan lain-lain),
mencuri dan peras ugut,
merosakkan harta benda,
penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman (marah atau perli)
pembulian di alam siber atau media komunikasi dan media sosial serta
gangguan seksual.
Apakah Ciri-ciri Saya Dibuli?
Saya berasa takut dengan seseorang yang membuli saya
Saya berasa sedih apabila menghadapi seseorang yang membuli saya
Saya runsing, gelisah dan tidak dapat tidur lena memikirkan keadaan saya
Saya sentiasa berasa sedih dan ingin menangis
Saya dicederakan
Bagaimanakah Saya Dapat Hentikan Buli
Elakkan berseorangan
Segera menceritakan kepada rakan
Meminta bantuan ☟LIHAT BAWAH☟
Bantuan Buli, Selamatkan Diri Anda
Minta bantuan rakan, Ketua atau Penolong Ketua Kelas, Pengawas Sekolah atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam kelas anda.
Minta bantuan daripada guru kelas, mana-mana guru mata pelajaran, guru disiplin (Pn. Azraida & Pn. Shamzakiah) atau guru bimbingan dan kaunseling (En. Mohd Faizi & Pn. Fauziah).
Minta bantuan ibu bapa.
Membuat aduan di https://www.moe.gov.my/aduan-buli jika langkah 1 hingga 3 di atas tidak dapat membantu anda.
EXTENSION READING
Get more international recources and book recomendations at here.
Kepada anak-anak murid SK Seksyen 11 Kota Damansara yang dikasihi...
❌ jangan buli kawan-kawan di sekolah atau di mana sahaja
❌jangan ambil barang, sorok barang, rosakkan barang-barang kawan di sekolah.
❌jangan ejek kawan-kawan, tak kiralah gemuk ke, kurus ke, putih ke, hitam ke, tinggi ke, pendek ke, sepet ke atau apa-apa sajalah yang boleh buat kawan terasa.
❌jangan ejek nama mak ayah kawan-kawan.
❌jangan ajak kawan-kawan untuk tidak berkawan dengan kawan lain.(pulaukan kawan)
➡️ Buli bukan sahaja menyakitkan fizikal, tetapi juga boleh buat orang rasa sedih dan takut.
➡️ Kadang-kadang, gurau kasar juga boleh dianggap sebagai buli jika membuat orang lain rasa tidak selesa.
Bagi mengelakkan gejala buli ini berlaku, elakkan daripada melakukan perkara-perkara seperti diatas.
Video ini memberi pengetahuan tentang:
✅ Apa itu buli?
✅ Kenapa kita tak boleh membuli?
✅ Apa perlu dibuat jika nampak kawan dibuli?
🌟 Ingat:
✔️ Jangan membuli sesiapa
✔️ Berani melaporkan jika ada kawan dibuli
✔️ Sentiasa jadi kawan yang baik
Sesuatu yang dilakukan mengikut rasa tanpa menggunakan akal yang panjang, kesannya kepada ibu bapa juga yang terpalit dan menanggungnya.
Jom jadi Anak Yang Baik Lagi Cerdik 🤝🇲🇾
# AnakBaikTakMembuli
# SekolahSelamatUntukSemua
# SayNoToBullying
Terima kasih atas kerjasama semua.
🌈 Bersama kita wujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan membahagiakan untuk semua.
Pada 28 Februari 2024, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah membuat satu kenyataan tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2024. Menurut kenyataan MetMalaysia tersebut, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini susulan ketiadaan hujan dalam tempoh lama. MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. MetMalaysia turut memaklumkan dalam tempoh berkenaan, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. Suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu. Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda dunia, dijangkakan suhu maksimum harian negara boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air. Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas. Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.
Baca laporan lanjut di bawah.
Kenyataan Cuaca Panas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Berikutan kenyataan MetMalaysia tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan infografik amaran cuaca panas, menyenaraikan penyakit-penyakit berkaitan cuaca panas dan menyarankan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi diri dari kesan cuaca panas.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia