Program NILAM merupakan satu program yang menggalakkan pelajar untuk membaca. NILAM membawa maksud ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’.
Ianya telahpun dilaksanakan sejak tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Program ini mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca yang bertarikh 22 Mei 1998.
Pada tahun 2021, iQ-NILAM telah diperkenalkan. iQ-NILAM atau Index Quality NILAM adalah satu inisiatif merekodkan program bacaan NILAM secara digital.
Melalui inisiatif ini, murid tidak lagi perlu mengisi rekod bacaan melalui buku NILAM yang biasa digunakan.
Sebaliknya, mereka hanya perlu mengisi dan merekodkan bahan bacaan secara atas talian di laman web dengan menggunakan ID Delima yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.
Ini bermaksud, AINS akan menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital . Advance Integrated Nilam System. Rekod dapat dipantau oleh PPD/JPN/KPM dari peringkat bilik darjah hingga Kebangsaan.
Selain itu, AINS dilengkapi dengan permainan, penilaian dan cadangan bahan bacaan. Aplikasi interaktif ini membolehkan murid mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus bagi menggalakkan mereka membaca. Menarik, bukan?
Melalui AINS, pihak ibu bapa, guru, pentadbir pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM dapat memantau status dan tahap pencapaian NILAM murid pada peringkat bilik darjah, aliran, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui dashboard yang disediakan.
Ini sekaligus menggalakkan budaya membaca yang lebih aktif serta menyumbang kepada keintelektualan negara.
Pada 16 November 2023, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyerahkan Advance Integrated Nilam System (AINS) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam majlis rasmi yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI. Program ini merupakan salah satu bentuk mekanisme ‘handshake’ yang melibatkan pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi bersama berkongsi kepakaran menyelesaikan masalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pada 19 Mac 2024 (Selasa), jam 9.50 pagi, Majlis Peluncuran Advance Integrated NILAM System (AINS) telah bersiaran langsung bersempena Program Galakan Membaca, KPM 2024 yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Tonton siaran langsung Majlis Peluncuran AINS di bawah.
Dalam konteks sekolah dan guru, AINS NILAM (Advance Integrated NILAM System) penting dalam pengurusan dan pelaksanaan program NILAM secara efektif.
Sistem ini memudahkan proses pendaftaran murid dalam program NILAM, membolehkan guru menguruskan data murid dengan lebih sistematik dan menjimatkan masa.
AINS NILAM menyediakan platform untuk guru memantau rekod bacaan murid, termasuk buku yang dibaca, bilangan muka surat, dan ringkasan buku. Ini membantu guru menilai minat dan perkembangan literasi murid, serta mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan tambahan.
Sistem ini membolehkan guru memantau pencapaian murid dalam program NILAM, menilai keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran, serta merancang intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran membaca murid.
AINS NILAM menyediakan fungsi penjanaan laporan dan statistik berkaitan aktiviti membaca di peringkat sekolah, membantu pihak pentadbiran sekolah dalam membuat keputusan berdasarkan data dan merancang strategi untuk menambah baik program NILAM.
Sistem ini memudahkan pengurusan aktiviti dan pertandingan berkaitan NILAM di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan kebangsaan, membolehkan guru merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid.
Dalam konteks ibu bapa dan murid, AINS NILAM membantu dalam menggalakkan budaya membaca dan memantau perkembangan literasi anak-anak mereka.
Ibu bapa dapat memantau rekod bacaan anak-anak mereka melalui sistem ini, termasuk buku yang dibaca, bilangan muka surat, dan ringkasan buku. Ini membolehkan ibu bapa mengambil maklum tentang minat dan kemajuan membaca anak-anak mereka, serta memberi sokongan dan galakan yang sewajarnya.
Murid-murid dapat merekodkan bacaan mereka dalam AINS NILAM, memupuk rasa tanggungjawab dan motivasi untuk membaca secara konsisten. Sistem ini juga menyediakan platform untuk murid berkongsi ringkasan buku yang dibaca, menggalakkan interaksi dan perbincangan tentang bahan bacaan dalam kalangan rakan sebaya.
AINS NILAM membolehkan ibu bapa dan murid mengakses laporan dan statistik berkaitan pencapaian membaca, memberikan maklum balas tentang kemajuan dan potensi penambahbaikan.
Sistem ini memaklumkan ibu bapa dan murid tentang aktiviti dan pertandingan membaca yang dianjurkan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan kebangsaan, menggalakkan penyertaan aktif dalam program NILAM dan memupuk budaya membaca dalam keluarga.
NOTIS MAKLUMAN: PENGGANTUNGAN OPERASI SISTEM AINS
TARIKH: 10 JULAI 2025
Kiraan markah atau mata dalam AINS NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) adalah berdasarkan kepada jenis bahan bacaan dan jumlah halaman yang dibaca oleh pelajar. Sistem NILAM memberikan mata untuk setiap bahan bacaan yang direkodkan oleh pelajar.
Jenis bahan bacaan dan mata yang diberikan dalam sistem AINS NILAM adalah seperti berikut:
0-10 halaman: 1 mata
11-25 halaman: 3 mata
26-50 halaman: 5 mata
51-100 halaman: 7 mata
Lebih dari 100 halaman: 10 mata
0-10 halaman: 2 mata
11-25 halaman: 6 mata
26-50 halaman: 10 mata
51-100 halaman: 14 mata
Lebih dari 100 halaman: 20 mata
1 markah sahaja untuk setiap 1 rekod catatan.