Bagaimanakah Cara untuk Log Masuk
Sistem AINS NILAM?
Untuk log masuk ke platform AINS NILAM, murid perlu menggunakan ID DELIMa untuk log masuk. ID DELIMa mempunyai format m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my. Jika anda belum mempunyai ID DELIMa, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan.
Berikut ialah langkah-langkah untuk log masuk AINS NILAM:
Layari https://ains.moe.gov.my/
Klik pada butang LOG MASUK dengan DELIMa.
Pilih akaun DELIMa anda atau pilih “Gunakan akaun lain”.
Masukkan ID DELIMa anda dan klik “Seterusnya”.
Masukkan kata laluan untuk akaun DELIMa anda dan klik “Seterusnya”.
Klik “Teruskan” sebagai langkah terakhir.
Anda telah berjaya log masuk AINS NILAM.
Sekiranya murid menghadapi masalah untuk log masuk ke AINS NILAM menggunakan ID DELIMa, sila periksa ID dan kata laluan. Pastikan ID DELIMa dan kata laluan yang dimasukkan adalah betul dan tidak terdapat sebarang kesalahan ejaan atau huruf besar/kecil.
Sekiranya terlupa kata laluan, gunakan fungsi pemulihan kata laluan yang disediakan pada halaman log masuk atau hubungi guru kelas untuk mendapatkan bantuan.
Semakan ID dan Kata Laluan Akaun DELIMa (MOE)
Semak ID dan kata laluan anda di sini:
https://lookerstudio.google.com/reporting/e3e51dd9-bc25-4f85-8204-b61d3ec361fc
Masukkan nombor kad pengenalan/ MyKid pengguna (murid).
Lihat e-mail DELIMa dan kata laluan anda.
Hubungi guru kelas atau penyelaras ICT jika terdapat sebarang masalah untuk membuat semakan.