PERATURAN UMUM
– Kebersihan dan kekemasan perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.
– Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di perpustakaan.
– Para pelajar dilarang membuang sampah di mana jua tempat, sila gunakan bakul
sampah yang disediakan.
– Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang melakukan sebarang
kerosakan yang disengajakan dengan cara membayar ganti rugi.
– Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa waktu pengajaran tanpa pengawasan guru.
PERATURAN SEBELUM MASUK
– Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
– Dilarang membawa beg sekolah dan peralatan yang tajam.
– Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P), pelajar tidak dibenarkan masuk
tanpa kehadiran guru.
– Berbaris sebelum masuk dan keluar perpustakaan.
PERATURAN SEMASA BERADA DALAM BILIK KHAS
– Dilarang makan dan minum.
– Dilarang membuat bising.
– Dilarang merosakkan buku, majalah dan peralatan perpustakaan.
– Dilarang mengambil / mengeluarkan buku dan majalah tanpa kebenaran.
– Pelajar yang didapati mencuri dan merosakkan buku akan diambil tindakan disiplin