Tarikh : 8 September 2023
Hari : Jumaat
Tempat : Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan pembimbing rakan sebaya berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
PROGRAM LESTARI ALAM
WAKIL MURID DITEMURAMAH
MELAWAT GERAI
PERTANDINGAN
Program Cakna Nilam memberi impak yang sangat ketara. Objektif tercapai.
PSS penuh dengan murid-murid yang membaca dan mengisi buku Nilam ketika waktu rehat.
Murid-murid teruja untuk menyertai Program 3R (Read, Redeem, Reward) yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Putra.
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) antara program yang dianjurkan pihak sekolah dalam usaha menarik dan memupuk minat murid untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu keutamaan.
Ini kerana, hanya dengan membaca sahaja, seseorang itu dapat menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan pencapaian bahasa, mengetahui berita atau isu semasa, menambahkan perbendaharaan kata dan sebagainya.
Begitupun pastinya masih ada murid dan pelajar yang tidak mengetahui dengan jelas apa itu program NILAM.
Sehubungan itu, jawatankuasa Nilam kongsikan informasi tentang NILAM untuk panduan semua murid.
Program Pelancaran NILAM , Kempen Galakan Membaca dan Minggu Panitia Bahasa Melayu 2023 dengan tema “CITRA CINTA BAHASA” telah disempurnakan oleh Puan Rosmawati binti Mat Som, guru besar SK Kampung Tunku pada 7 Ogos 2023 di dewan sekolah.
OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca dalam kalangan murid.
Memupuk minat membaca secara berterusan sepanjang hayat dalam kalangan warga sekolah.
Menggerakkan program galakan membaca dengan membaca sekurang-kurangnya 1 hari 1 buku.
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
GURU-GURU BAHASA MELAYU
PELANCARAN
MURID-MURID TERUJA MENONTON DRAMA
GIMIK PERASMIAN
Pada tahun ini, Pusat Sumber Sekolah di bawah Unit Kurikulum dengan Kerjasama Persatuan Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Panitia Bahasa Tamil di bawah Unit Kokurikulum bergabung tenaga menganjurkan Bulan Bahasa bagi Peringkat Sekolah.
Pelbagai program dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan serta pemahaman murid-murid tentang kemahiran dan penggunaan bahasa serta menjadi alasan untuk mencungkil bakat dalam diri murid-murid.
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor bersama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan melaksanakan Program Jom Baca untuk 10 minit secara serentak mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 21 April 2022 (Khamis)
Masa: 11:00 - 11:10 pagi
Tempat: Lokasi masing-masing
Objektif ini antara langkah terbaik untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan lapisan masyarakat. Selain itu, semua lapisan masyarakat juga haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu untuk kita