Advance Integrated NILAM (AINS)
Advance Integrated NILAM (AINS)
AINS NILAM atau Advance Integrated NILAM System (ains.moe.gov.my) adalah sistem pengurusan dalam talian untuk program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Untuk log masuk ke platform AINS NILAM, murid perlu menggunakan ID DELIMa untuk log masuk. ID DELIMa mempunyai format m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my. Jika anda belum mempunyai ID DELIMa, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan.
Berikut ialah langkah-langkah untuk log masuk AINS NILAM:
Layari https://ains.moe.gov.my/
Klik pada butang LOG MASUK dengan DELIMa.
Pilih akaun DELIMa anda atau pilih “Gunakan akaun lain”.
Masukkan ID DELIMa anda dan klik “Seterusnya”.
Masukkan kata laluan untuk akaun DELIMa anda dan klik “Seterusnya”.
Klik “Teruskan” sebagai langkah terakhir.
Anda telah berjaya log masuk AINS NILAM.