Program Karnival Sukaneka SK Sri Pulai Perdana Tahun 2025 dianjurkan sebagai platform untuk meningkatkan kecergasan fizikal, membina semangat kerjasama, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa. Melalui pelbagai aktiviti dan acara sukaneka yang menyeronokkan, program ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada murid di samping menanam nilai kesukanan, disiplin dan semangat kesukanenegaraan. Karnival ini khusus kepada murid yang tidak pernah mewakili rumah sukan dalam kejohanan olahraga dan sukan dan permainan.
Untuk melahirkan murid yang sihat, cergas, berdisiplin, serta mempunyai semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan melalui aktiviti sukaneka yang santai, menyeronokkan dan inklusif.
Memupuk semangat kesukanan, persaingan sihat dan disiplin diri dalam kalangan murid.
Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti fizikal bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan.
Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
Memberi peluang kepada murid untuk mengasah bakat kepimpinan, kerjasama dan komunikasi berpasukan.
Mewujudkan suasana ceria, harmoni dan inklusif dalam kalangan warga SK Sri Pulai Perdana.